Lim Kit Siang Seorang Contoh Pemimpin Pembangkang Yang Gagal

Ahli DAP sepatutnya sudah bangkit dan menuntut perubahan dalam parti berkenaan apabila ada pemimpin yang gagal membawa kemenangan untuk membentuk kerajaan dalam setiap Pilihan Raya Umum (PRU) sejak selepas kemerdekaan pada 1957.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang begitu marah ketika dikatakan sudah terlalu lama memimpin DAP oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa ketika sidang Dewan Rakyat, semalam.

DAP sudah berada di bawah kepimpinan Kit Siang selama 51 tahun dan beliau masih enggan meletakkan jawatan, tinggalkan parti itu walaupun sudah gagal dalam memimpin DAP dalam pilihan raya.

Beliau dalam setiap ceramah politik sentiasa mengatakan bahawa DAP dan pembangkang akan menang di peringkat Parlimen dan membentuk kerajaan tetapi sehingga hari ini semuanya gagal.

Pada setiap kali pilihan raya, Kit Siang sudah gagal. Pada sesi Parlimen semalam, Annuar benar-benar membuka mata rakyat dan pengundi DAP selama ini bahaw Kit Siang masih enggan melepaskan jawatan biarpun sudah terpampang pelbagai bukti kegagalannya dalam DAP.

Kegagalan paling teruk sudah pasti gagal mendidik anaknya sendiri, Lim Guan Eng daripada mengamalkan pentadbiran sihat sebagai Ketua Menteri sebuah negeri apabila beliau dituduh di mahkamah kerana rasuah ketika masih berkhidmat.

Guan Eng sedang menanti hari perbicaraannya bermula atas tuduhan membeli sebuah banglo dengan harga lebih murah dari harga pasaran.

Kit Siang menuduh Annuar membohong dan memfitnahnya dalam kenyataan berkenaan tetapi banyak pihak boleh membuktikan kebenaran bahawa Kit Siang masih mahu kekal berkuasa biarpun sudah lebih 50 tahun memimpin DAP.

“Dalam politik kita dengar Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah 22 tahun, Presiden Ferdinand Marcos (Filipina 31 tahun, mungkin kita dengar Saddam Hussein (Presiden Iraq) 30 tahun, Robert Mugabe (Zimbabwe) 37 tahun, pemimpin Korea Utara Kim Il-sung selama 46 tahun dan Gelang Patah (Kit Siang capai 50 tahun dengan retorik politiknya, saya ucapkan tahniah.

“Tapi yang pasti politik beliau masih tidak berubah,” demikian menurut kenyataan Annuar Musa.

Kit Siang boleh berkata apa sahaja, tetapi rakyat memerhatikan dan mereka lebih arif menilai, PRU14 bukan lagi tempat Kit Siang mencapai kemenangan dalam pilihan raya. – pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *