Teresa Dan Zairil Sedang Main Wayang Opera Cina

MEMANG parti DAP yang merupakan serpihan parti PAP berada dalam keadaan panik.  Memandangkan mereka mengetuai Pakatan Harapan dan keadaan tidak menyebelahi mereka maka beberapa orang pemimpin kanan DAP dilihat mula “mencipta” jalan cerita untuk mempromosikan diri mereka terutama mereka yang terpalit dengan skandal samada kewangan atau pun sosial.

Baru-baru ini,  anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dikatakan mahu menyaman Datuk Seri Jamal Md Yunos berkenaan dakwaan beliau menyeleweng wang Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) – agensi yang menguruskan dana kebajikan negeri itu.

Namun ugutan Teresa tersebut telah disambut sinis oleh pengerusi Umno Sungai Besar itu yang berkata akan membuat majlis untuk menyambutnya.

“Saya mengalu-alukan (saman Teresa) dan saya akan buat majlis untuk menerima saman itu,” kata Jamal dalam sidang medianya di Ampang hari ini.

YAWAS menguruskan program kebajikan negeri, termasuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Manakala Zairil Khir Johari Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti DAP yang diselubungi skandal berpelukan skandal penuh nafsu dalam kelab malam  mendakwa telah menerima ugutan bunuh pula.

Presiden Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) tersebut mengunakan alasan kegagalan bola sepak negeri tersebut sebagai punca menerima ugutan bunuh itu. Zairil menegaskan bahawa dirinya dan jurulatih bola sepak negeri Ashley telah pun membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh tersebut.

Ugutan bunuh tersebut diperolehi mereka berdua melalui laman Facebook.  Zairil percaya ugutan tersebut berpunca daripada kegagalan pasukan bola sepak Pulau Pinang untuk mempamerkan prestasi permainan yang baik seperti sebelum ini.

Disebalik semua kekalutan yang melanda dua orang pemimpin kanan DAP tersebut, beberapa orang penganalisis politik berpendapat ianya sekadar lakonan semata-mata atau dengan lebih tepat pemimpin DAP tersebut sedang bermain wayang opera untuk menutup skandal mereka disamping cara mudah untuk mengalihkan isu kegagalan DAP dalam membuat persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) kelak.

  • PRU14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *