Fathia Latiff Bercinta Dengan Pelakon?

Share This:

Tidak pernah menutup hati untuk bercinta lagi, kini Fathia Latiff mengakui dia sedang salin mengenali seseorang yang juga terlibat dalam industri seni tanah air. Bagaimanapun buat masa ini, Fathia hanya menyatakan hubungan mereka sekadar kawan.

“Adalah kenal-mengenali seseorang. Dia orang industri. Sama ada pelakon atau tidak, biarlah rahsia. Sebab saya dengan dia cuma berkawan seperti biasa. Adalah keluar makan tetapi itu sahaja.? Saya memang tidak pernah menutup hati untuk bercinta”

“Ramai juga yang mencuba untuk berkenalan tetapi itulah, hati ini tidak berkenan. Kalau hendak kata serik atau fobia, tidaklah.? Cuma sekarang ini memang sejujurnya saya tidak ada teman istimewa. Saya pun tidak tahu kenapa masih solo. Bukankah jodoh itu rahsia Tuhan, biar Dia yang tentukan,” jelasnya kepada Utusan Online.

Tambahnya, buat ketika ini dia mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan juga perniagannya. Mungkin bila Fathia sudah bersedia nanti, pasti pelakon ini akan berkongsi siapakah gerangan di hati.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*