Panas! Skandal Rita Dan Aqasha, Adakah Benar Mereka Kini Bercinta?

Share This:

Kecoh jadinya bila nama besar dalam industri hiburan tanah air dikatakan terbabit dalam skandal curang atau hubungan kayu tiga. Selebriti yang dimaksudkan adalah antara penyanyi Aqasha dan juga pelakon cantik Rita Rudaini yang dikatakan kini sedang dalam percintaan. Meskipun masih tiada kata-kata rasmi yang mengesahkan perkara ini, namun nampaknya ‘angin’ bertiup kencang.

Terbaru, seorang lelaki didakwa abang ipar kepada Aqasha telah meluahkan ‘nasihat’ buat artis lelaki itu. Jelas sekali dia bukan sahaja tidak menggalakkan hubungan tersebut kerana gaya hidup Rita yang ‘high maintenance’ sebaliknya krisis rumahtangga yang pernah melanda aktress itu sebelum ini harus diambil perhatian.

Dalam pada itu, pengacara Donna Muslim yang sebelum ini dikaitkan dengan Rita Rudaini sebagai teman istimewa, dikatakan meluahkan rasa kecewa dan menyindir wanita itu melalui laman Instagram miliknya.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga,”
begitulah foto yang dimuatnaik lalu menimbulkan spekulasi di kalangan para peminat.

Pun begitu, melalui Berita Harian Donna segera menafikan hal itu dan berkata ia tidak ada kena-mengena dengan Rita.

“Saya muat naik gambar hiasan itu secara jujur dan ia memang tiada kaitan dengan isu terbabit. Sebaliknya, ia berkaitan dengan situasi saya alami sendiri membabitkan kawan.

“Biasalah, ada kawan yang kita percaya, tetapi tikam dari belakang dan macam-macam lagilah. Saya bagaimanapun memang tidak menujukan gambar itu kepada dirinya. Tapi biasalah, netizen mula mengandaikan ia memang merujuk kepada situasi itu,” katanya.

Makin panas dan berlarutan kisah yang membabitkan kedua-dua Rita dan Aqasha. Rasanya semua pihak sedang menantikan kenyataan dari tuan empunya badan bagi membuat pencerahan. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*