RM2.6 Bilion : Kenapa Dr Mahathir Membisu Isu Ini Semasa Raja Salman Di Malaysia?

Share This:

Hari ini, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud akan berlepas dari bumi Malaysia untuk ke Indonesia selepas empat hari mengadakan lawatan rasmi ke negara ini sejak Ahad lepas.

Sepanjang tempoh itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengeluarkan langsung sebarang kenyataan berkaitan wang derma RM2.6 bilion yang sebelum Dr Mahathir menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menipu bahawa ia adalah derma dari Keluarga Diraja Arab Saudi.

Beliau mempunyai peluang dan ruang untuk membuat kenyataan bertanyakan penjelasan sebenar dari Raja Salman serta Kerajaan Arab Saudi sendiri tapi memilih untuk membisu.

Dahulu, beliau berani mengatakan bahawa Tok Arab yang memberikan derma kepada Malaysia tidak ada, kerana Tok Arab gila pun takkan bagi RM2.6 bilion, katanya.

“Saya ingat kalau tok arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu,” kata sinis beliau yang mendapat sorakan dan tepukan hadirin.

Dr Mahathir hanya berani menyindir dengan melabelkan Raja Salman sebagai tetamu negara dan beliau turut menuduh bahawa tetamu itu turut berpakat menipu bersama-sama Najib.

Kini, imej beliau di depan mata orang ramai semakin luruh apabila mereka dapat melihat ketakutan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri untuk berdepan dengan Raja Salman dan bertanyakan secara terbuka perihal wang derma RM2.6 bilion itu.

Betapa teruknya, seorang bekas pemimpin negara memegang rekod mentadbir negara paling lama selama 22 tahun kemudian mendapat imej pemimpin veteran negara paling teruk dalam sejarah Malaysia.

Ketika lawatan rasmi baginda, bukan sahaja Dr Mahathir, ramai individu yang sebelum ini menuduh bahawa derma dari Arab Saudi itu satu pembohongan terus berdiam diri dan tidak berani bertanyakan perkara berkenaan kepada pihak Arab Saudi.

Nyata, Dr Mahathir sebagai Pengerusi PPBM gagal apabila gagal mendapatkan penjelasan daripada kenyataannya sendiri berkaitan derma RM2.6 bilion sebaliknya terus mengkritik kehadiran Pengawal Dua Masjid Suci Islam itu ke Malaysia. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*