Sejak Bila Rafizi Ramli Jadi Jurucakap Kepada Isa Samad?

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kini memilih FELDA dalam permainan kata-kata politiknya dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadikan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai ‘kambing hitam’ demi menyelamatkan Barisan Nasional (BN).

Sejak bila pula, Rafizi ini menjadi jurucakap kepada Isa dalam hal ini.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Rafizi berkata agak-agaknya Najib akan melakukan perkara itu yang digelar oleh Rafizi sebagai ‘silap mata’.

“Kita dah nampak ada dua,tiga langkah ke arah silap mata itu. Pertama tempoh perkhidmatan Tan Sri Isa Samad tidak disambung dan diganti dengan Tan Sri Shahir Samad, kita dah boleh baca ini ke arah silap mata untuk menyalahkan semua kepada Isa.

“Kalau Umno-BN berjaya menunjukkan mereka semua berniat baik dan Shahrir baik dan ini semua Isa punya pasal.

“Dia boleh buat silap mata, dah dekat PRU nanti dia carilah duit dekat mana-mana dan dia buatlah pengumuman apa-apa,” kata Rafizi pada sidang medianya di ibu pejabat Invoke, Sungai Besi hari ini dan disiarkan secara langsung di laman Facebook.

Bukan sekali ramalan dan jangkaan Rafizi ini tidak membawa apa faedah, sebab itu banyak pihak sudah malas melayan karenah beliau yang digantikan sebagai Setiausaha Agung PKR kerana didapati bersalah mendedahkan dokumen rahsia.

Dulu, Rafizi kata harga barang akan turun secara automatik jika kerajaan menurunkan harga minyak petrol. Kemudian, kerajaan turunkan berkali-kali harga minyak namun harga barang tidak pun turun.

Rafizi ketika itu berdiam diri daripada memberi penjelasan kepada orang yang terpinga-pinga percaya akan ramalannya yang nyata tidak menjadi kenyataan.

Begitu juga apa yang dihidu oleh Rafizi berkaitan kos pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) yang didakwanya tinggi berbanding negara lain juga salah, tetapi Malaysia berjaya menyiapkan MRT dengan penjimatan berbilion ringgit.

Ada masalah agaknya dengan organ menghidu Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR-Pandan agaknya.

Biarpun digantikan sebagai Pengerusi FELDA kerana tempoh perkhidmatannya sudah tamat, khidmat Isa masih diperlukan di Felda Global Ventures (FGV) kerana kredibilitinya ada untuk memimpin syarikat berkenaan.

Tidak perlu Rafizi untuk memburuk-burukkan FELDA kerana ia sudah terbukti satu-satunya rancangan pembangunan tanah terbiar yang berjaya di dalam dunia dengan tidak ada negara-negara lain melakukan perkara yang sama.

Rafizi juga tidak perlu pandai-pandai menjadi jurucakap kepada Isa kerana beliau boleh melakukan tugasnya sendiri malahan sudah membuktikan boleh melakukan tugasnya dengan baik ketika menjadi Pengerusi FELDA sebelum ini.

Jangan pula apabila ramalan kali ini juga silap oleh Rafizi, sekali lagi beliau mengatakan bahawa beliau hanya bergurau sebenarnya. – pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE