#PRKTjgDatu : Tiada Istilah Menang Mudah

Esok merupakan hari penentu buat ketiga-tiga calon bagi Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu. Esok juga akan menentukan siapa yang akan menggantikan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem di kerusi ini.

14 hari telah berlalu dan segala-galanya telah dilakukan oleh ketiga-tiga calon ini terutamanya calon dari Barisan Nasional, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu. Sebagai seorang calon yang menggantikan Allahyarham suaminya, antara perkara yang paling dititik beratkan adalah, kemenangan mutlak beliau pada Pilihan Raya Kecil kali ini.

Mungkin bagi ramai pemerhati politik, ramai yang beranggapan bahawa Pilihan Raya Kecil ini bakal menyaksikan kemenangan mudah Barisan Nasional memandangkan DUN Tanjong Datu merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak sekian lama. Malah, kedua-dua pencabar Datuk Amar Hajah Jamilah Anu bukanlah pencabar kuat Barisan Nasional seperti DAP ataupun PKR.

Namun begitu, ianya bukan lesen untuk membenarkan mana-mana pihak di dalam Barisan Nasional mengambil mudah cabaran yang mungkin hadir dari kedua-dua calon ini. Walaupun sepanjang 14 hari berkempen di DUN ini, mereka tidak menunjukkan sebarang tindakan agresif seperti mana yang sering di tunjukkan oleh calon pemabngkang yang lain, namun, ianya bukan perkara yang boleh di pandang rendah.

Cabaran yang hadir mungkin dalam bentuk berbeza terutamanya beberapa ratus orang yang pernah mengundi calon PKR pada Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini. Kira-kira lebih 400 undi yang mengundi PKR sebelum ini dilaporkan menunjukkan protes mereka berikutan beberapa isu melibatkan tanah adat (NCR).

Namun, hasil kecekapan pentadbiran sebelum ini dan diteruskan oleh Ketua Menteri Sarawak sekarang, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, hampir semua masalah setempat, telah berjaya di atasi sebelum dan selepas Hari Penamaan Calon di DUN ini.

Justeru, tiada lagi isu yang boleh menghalang kemenangan Barisan Nasional pada Hari Pengundian esok. Cuma apa yang perlu ditekankan adalah, usah terlalu yakin kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional. Apa yang perlu dilakukan adalah memastikan seramai mungkin pengundi hadir dan paling utama, nama dan imej Datuk Amar Hajah Jamilah Anu sentiasa tersemat di hati penguundi di DUN Tanjong Datu.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE