Lelaki Ini Kongsi Tips Turunkan Berat Badan 60 Kg Dalam Masa 4 Bulan

Selalunya, setiap tahun kita mesti akan ada azam nak kurus. Betul tak? Tak kira la lelaki atau perempuan, masing masing akan ada target untuk turunkan berat badan. Turun atau tidak itu belakang cerita lah, yang penting ada azam. Hehe. Tapi sebenarnya tiada yang mustahil dalam dunia ini.Seperti perkongsian transformasi kurus kali ini, memang superb betul! Bayangkan lebih kurang 60 kilo turun dalam masa 4 bulan. Pehhh power kan?

NAK SHARE, SHARE SAHAJA, TAK PERLU MINTA KEBENARAN. SEMOGA BERMANFAAT UNTUK ORANG “BERBADAN BESAR” YANG LAIN 😊
Assalamualaikum semua,
Okay lah, sebelum ni aku ada post gambar masa aku gemuk kan (120kg++) lepas aku post gambar tu ramai yang tanya dan pm aku “zoel, betul ke tu kau? share tips boleh tak?” dan blaa blaa blaa. kalau sorang dua tanya boleh lah aku nak reply. Tapi boleh tahan ramai tanya, so aku memang malas nak menaip bnda yg sama. So ni aku gigih dan ikhlas menaip naip semata mata nak bagi kauorang tips cara pemakanan dan lain lain (cara aku) untuk kuruskan badan.
1. Bangun pagi/sarapan pagi.
– Bangun pagi, benda utama aku akan buat ialah minum air mineral. dekat bilik aku memang aku akan sediakan air mineral dlm botol. So minum lah sebanyak mana yg kauorang nak. mcm aku satu botol (1liter) air mineral lepas bangun tidur. sebab aku mmng suka.
-Sarapan pagi, aku selalu minum oat je. campur air panas dengan sesudu gula. ada setengah org mmng tak ambil gula langsung. tapi bagi aku gula tu untuk tenaga aku. so tak ada lah aku lemau semacam je sepanjang hari. kadang kadang kalau ada air soya dlm peti sejuk aku minum oat tu campur air soya (tambah sedikit air panas) percayalah cakap aku sarapan pagi kalau makan oat je boleh buat kauorang kenyang.
2. Makan tengah hari.
– Jujur aku cakap, since hari pertama aku diet tu. Aku mmng dah tanam niat memang tak nak sentuh nasi langsung. So, untuk tengah hari memang aku akan makan bnda yg ber sup sup sahaja. contohnya sup ayam, sup ikan, sup daging dan sup sayur, kadang tu kalau rasa nak guna tenaga banyak aku rebus dgn mee hoon (mee halus, mee putih) sekali dan masukkan lah telur sebiji. Berkenaan dgn air pula. Macam aku memang dh biasa makan bersulam dengan air. so tak ada masalah untuk aku. TAPI ingat, jangan minum air yang ber”ais”. Memang lah sedap tengah panas kau minum air yg berais ais. Tapi ingt kalau nak diet jgn minum ais. selagi kau tak kurus jangan HAHA. minum air suam dh cukup untuk tengah hari.
3.Minum/Makan petang.
-Untuk minum petang kebiasaannya, mak mak kita ni kan selalu goreng, goreng pisang lah, jemput jemput lah dan lain lain. Tak apa, boleh makan tapi ambil pinggan kecil, ambil lah goreng pisang dan lain lain tu dlm 2 ke 3 biji, make sure tisu atau kain kau orang sediakan sekali. Sebab apa? benda bergoreng ni minyak dia minta ampun weh. Macam aku sebelum nak makan bnda2 bergoreng macam tu aku akan tekap tekap picit picit benda bergoreng tu dekat tisu atau kain lap (yang bersih) sampai “penyek” dan “lunyai” jadinyaa, sebab nak buang minyak dekat gorengan tu punya pasal. hahaha. Minum pulaa minum lah teh 0 ke, kopi 0 ke, Nes 0 ke, tak kisah lah, nak minum tanpa gula pun boleh, tapi untuk aku, aku kena ambil gula sedikit sebab nak bagi aku tenaga (SUSU PEKAT JANGAN SEBAB KADAR GULA DEKAT SUSU PEKAT LAGI TINGGI DARI GULA BIASA) sebab kebiasaan aku lepas minum/makan petang aku akan naik bilik buka lagu kuat kuat lepastu lompat2, lari2 sebab nak keluarkan peluh punya pasal, setengah jam pun dah cukup asal peluh kau keluar mcm kau mandi hahaha (MASA NAK KELUARKAN PELUH TU KIPAS TUTUP)
4.Makan malam.
-Untuk makan malam, (6-8P.M). Untuk malam aku hanya minum oat macam aku buat untuk sarapan pagi, kadang kalau ada ubi keledek, aku rebus ubi keledek tu dua biji aku makan gitu je, tapi klu dh makan ubi tak payah lah minum aot. Untuk minuman mcm biasalah untuk malam aku minum air mineral je sebanyak banyak tidak, sampai bilik air tu dah jadi teman setia, setiap 20 minit buang air kecil berulang ulang. HAHA.
Noted:
– Nak kurus ni kena pasang niat betul betul. Jangan sekadar niat dan cakap tapi kau langsung tak berusaha dan buat.
-Sepanjang aku diet nak kurus ni, aku tak pernah ambil sebarang pil atau ubat kurus, ingat eh kalau kauorang ambil ubat kurus, memang lah membantu, tapi bila kauorang stop ambil ubat kurus tu badan kau lebih senang nak naik mendadak 2 kali ganda dari badan masa kau gemuk (kalau tak jaga makan) lagi pun segala pil pil ni kau beli mahal mahal membazir duit kau je, lepastu effect dekat buah pinggang kau. So, pil pil kurus ni tak payah lah makan.
(tapi guys ada satu product kesihatan yang aku makan ni mmng bagus untuk kesihatan. untuk next post aku akan bagi tahu info product kesihatan apa yang aku guna, seriously dia memang bagus dan tak ada effect2 yg merbahaya melainkan mencergaskan dan mengenyangkan aku. Sudah semestinya berasal dari bahan alami. nak tahu nnt aku share utk next post, tunggu okay😊)
-Makanan berminyak atau minuman manis2 (Air ber”gas” paling jahat) ni kalau boleh kurangkan. Sekali sekala tu tak apalah. Sebab benda tu lagi melambatkan proses kau nak kurus.
-Dalam masa proses kau nak kurus cara aku ni mula mula memang lah amat susah kalau nk ikut. Mana tak nya masa “Berbadan besar” dulu dah biasa makan ikut suka hati kan. Tapi inshaAllah mcm aku lama lama Alhamdulillah dah jadi kebiasaan.
-Masa awal awal nak diet tu perut memang selalu berkeroncong kerja nak minta makan je, kadang2 tu badan rasa lemah je. Cara aku pula bila dah mcm tu, aku memang sentiasa sediakan gula gula. Agak bila aku rasa mcm lemah seakan nk pitam tu aku makan lah sebiji gula gula lepastu minum air masak. inshaAllah dlm 10 minit dah okay terus segar. Sebab aku selalu dengar dan terbaca “Gula memberi tenaga”. Tu sebab aku amalkan benda tu. Cukup lah sekadar gula gula sebab dekat otak aku memang dah “set” mati nak kurus hahaha.
-Proses aku nak kurus ni dari 120kg++ sampai lah berat aku 56kg ni ambil masa dlm 4bulan lebih. Tapi lepastu aku dpt nasihat dari doktor, katanya berat aku tak seimbang dengan tinggi aku 180cm. So aku naikkan sikit berat aku dan sekarang ni dlm 62kg. Doktor suruh naikkan smpi 75kg tapi aku taknak Hahaha.
-Untuk kulit2 lebih yang melayut, aku tak malu untuk bagitahu, aku guna bengkung yang tampal buka beberapa bulan. tiap kali berjalan dan tidur. Sebab aku tahu bengkung memang menjadi. (ingat lagi suruh adik perempuan member belikan, sebab malu. ye lah duh lelaki siaa nk beli bengkung gila tak malu) tapi sekarang dah tak guna. Dan ada niat nak guna semula (saving duit nak beli nursajat punya bengkung HAHAHA) hahahaha. Tapi Alhamdulillah makin lama dia makin mengecut dan fit. Kalau dah gemuk ke kurus sudah semestinya bnyak selulit bercakar cakaran harimau dia punya garisan hahaha. untuk selulit until now masih ada lagi. tapi dah berkurangan sebab aku guna Bio oil. tapi makan masa nak hilangkan dia. Orang cakap berusaha kalau nak hasil yang terbaik. So aku masih gigih. walaupun sebenarnya aku tak kisah even ada selulit pun HAHAHA
-Macam mana boleh putih? Haaa ni mmng selalu orang tanya. Act aku tak ada lah seputih mana. Tapi memang lepas aku kurus ni kulit aku cerah lah sikit dari sebelum ni. Dan memang masa aku gemuk dulu gelap kemain. bahagian leher tu siap berkerak seriously aku tak tipu. mungkin sebab masa aku diet tu aku suka minum soya campur oat (masa sarapan) then masa proses aku nak kurus tu tiap kali mandi memang aku akan scrub leher dan tempat lain guna berus mandi. lama lama Alhamdulillah hilang. (LEHER HITAM BERKERAK MEMANG MASALAH ORANG BERBADAN BESAR)
-Penimbang berat? okay ada masa yg sesuai untuk kauorang timbang berat kauorang, macam aku lepas 2 minggu sekali baru aku timbang. Jangan pula tiap hari kau timbang, sebab penimbang tu lah kau jadi stress. mana tak nyaa. makan tak seberapa dan punya gigih diet tapi bila timbang sama je beratnya. kadang dia tak nampak melalui berat kau. Aku lebih prefer bila keluar pergi mana mana, orang2 yg kenal aku cakap “eh kau dah susut weh, kau dah kurus weh” haaa mcm tu baru betulllll. ingt jgn terpedaya dgn timbang berat! tu paling jahat.
– Apa yang membuat aku nak kurus? First sekali sebab mulut mulut orang, tapi wait sebenarnya mulut orang yang mengejek aku dan blaa blaa tu lah yang makin membuatkan semangat aku naik untuk kurus. Lagi satu aku memang suka tengok orang kurus2 ni. Bukan apa dekat otak aku berfikir “lawanya lah dress up dia simple je tapi nice esfakk! aku pun nak macam tu” haaa tu lagi perasaan yang membuak buak yang menyebabkan aku lagi gila dan semangat nak kurus. sekarang ni bila dah kurus, aku minat satu baju saiz S (kalau h&m saiz xs) ke seluar saiz 29 tu aku terus beli dan pakai dengan confident nya. Duduk depan cermin “eeee tak sangka aku boleh merasa pakai handsome2 mcm ni” HAHAHA
– Okay dah cukup, ingat ni, untuk Abang2 kakak2 adik2 makcik2 pakcik2 yang “berbadan besar yang nak kurus tu, boleh sangat2 jgn cepat mengaku kalah, kalau orang mengata ke mengejek kauorang “gemuk, badak, tong drum dan blaa blaa” tu, jangan melenting, TAPI!! jadikan tu sebagai pembakar semangat korang untuk lebih kuat. Alhamdulillah mcm aku, tak ambil kisah apa orang nak kata, sebab mulut diaorang aku lebih semangat dan kuat untuk merubah diri aku. Apa apa pun aku nak ucapkan “GOOD LUCK” pada yg berbadan besar nak kurus tu. Yang nak share boleh share aku tak ada masalah. Boleh ikut atau tak boleh ikut cara aku itu terpulang kepala kauorang semua ye, ingat perasaan masa kau gemuk berubah kepada kurus amatlah lain. Lebih kepada awesome duh. keyakinan kau membuak buak. kau lebih mudah untuk bergaul dengan orang sekeliling. Kau nak pakai pakaian apa apa semua sesuai. Serious aku cakap. Aku bangga dengan diri aku. Apa yang aku impikan masa aku gemuk dulu menjadi kenyataan. Lagi satu sebab aku dh buktikan yang aku pun boleh. kalau aku boleh kauorang pun boleh ye!!!!! bye.
GAMBAR GEMUK TU MEMANG AKU. Jangan cakap tu orang lain pula. Orang yang kenal aku dari aku kecil hingga ke zaman zaman sekolah (SKPG4-SMKPG2) sahaja yang tahu. hahaha.
Assalamualaikum.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*