Zuraida Bakal Bersara Menjelang PRU14

PERCATURAN Parti Keadilan Rakyat(PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke 14(PRU14) bakal menyaksikan  Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin digugurkan dari senarai calon. Desas desus tersebut semakin kencang bertiup apabila Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali dikatakan bakal mengambil tempat beliau bagi mengukuhkan parti.

Jika khabar angin tersebut benar maka Zuraida bakal bersara dalam masa terdekat ini. Menurut beberapa sumber, skandal yang menyelubungi Zuraida telah meletakan parti berada dalam keadaan yang amat bahaya sehingga merisikokan kehilangan kerusi Ampang yang merupakan kubu kuat PKR.

Tahun lalu Zuraida mencabar seorang penguna laman Facebook yang dikenali sebagai Captain M, supaya tampil mengemukakan bukti dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya seperti yang tersebar di media sosial.

Memetik artikel Sinar Online melaporkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor sebagai berkata:

“Kalau dia anak jantan, kalau dia berani, sila datang kemukakan bukti dan jangan hanya buat dakwaan. Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti. Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat cerita dan fakta tak betul.”

Captain M sebelum ini, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyiasat dan menahan Zuraida yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukan Marris yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kos bawah RM3 juta.

Menurut laman Facebook itu, kroni Zuraida dan Azmin Ali dalam projek Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bukan lagi rahsia. Semua kontraktor mencari Zuraida jika mahukan projek. Captain M mendakwa kisah kekayaan luar biasa Zuraida pernah kecoh satu ketika dulu selepas empat tahun bergelar Ahli Parlimen. Ahli Parlimen Ampang ini mengaku memiliki beberapa buah kenderaan dan termasuk yang terbaru khabarnya sebuah Mercedes Benz C200 hasil kroninya di Selangor.

Katanya, sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang, selain secara sampingan berniaga ubat-ubatan tradisional. Beliau hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005.

Selain daripada itu juga, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly yang juga “orang kanan” Zuraida, turut terpalit dengan skandal kekayaan melampau. Beliau memiliki banglo mewah di Jalan Pinang, Ampang yang bernilai jutaan ringgit dan memiliki binaan ala “Disneyland”.

Apabila kekayaan beliau dipersoalkan, AMK Ampang tersebut menegaskan bahawa ramai anak muda yang kaya sekarang bukan beliau seorang sahaja. Nampaknya semua skandal tersebut memberi kesan kepada karier politik Zuraida Kamaruddin.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE