Zaid Ibrahim Dengan Bangga Hari Ini Menjadi Keluarga DAP

Hari ni, DAP menerima seorang lagi ahli UMNO yang terbuang kerana diri sendiri iaitu Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi apabila mengesahkan penyertaannya ke dalam DAP hari ini dalam satu sidang media.

Dulu ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Zaid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri menguruskan hal ehwal perundangan jabatan berkenaan.

Kemudian, Zaid melompat dari parti ke parti bermula dengan PKR kemudian parti KITA tetapi semuanya dirasakan tidak sesuai oleh Zaid.

Akhirnya hari ini, semuanya terjawab apabila beliau secara rasmi masuk ke dalam parti cauvinis yang dipelopori oleh kaum Cina DAP.

Hari pertama Zaid di dalam DAP, beliau terus mula menyerang parti musuh DAP iaitu PAS iaitu sebuah parti Islam. Dalam sidang media itu, Zaid membacakan satu kenyataan media menuduh PAS menjaja ‘produk agama’ dan membawa ‘idea lapuk’ selain membantu UMNO menyerang DAP.

“Mereka tanggalkan budaya, hak asasi manusia, kebebasan dan maruah daripada orang Melayu. PAS langsung tidak menyelesaikan masalah sebenar rakyat.

“PAS juga tidak berbuat apa-apa untuk selesaikan masalah rakyat. PAS tidak memiliki sesuatu pun yang kita boleh panggil pelan ekonomi, apatah lagi pelan pendidikan.

“Mereka tidak mampu menangani perkara kecil, mengawal banjir kilat dan mengutip sampah di Kelantan,” katanya merujuk Kerajaan Negeri Kelantan.

Menurut Zaid, sudah tiba masanya kononnya orang Melayu kembali mendakap nilai asal daripada mendengar golongan penjaja agama.

“Untuk orang Melayu bersaing dan menjadi relevan di dunia moden, kita tidak boleh leka dengan mereka, sama ada perkara halal dan haram, atau nikmat berpoligami.

“Kita perlu menjadi sebahagian dunia baru,” katanya.

Zaid berkata beliau memilih DAP kerana kagum dengan prestasi parti itu memerintah Pulau Pinang.

Mengapa agaknya Zaid memilih DAP dan tidak mahu memilih PPBM iaitu parti yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas memperjuangkan nasib orang peribumi iaitu orang Melayu sama ketika Dr Mahathir mengepalai UMNO.

Adakah apa-apa dendam dan perasaan tidak yakin oleh Zaid dengan parti baru ciptaan Dr Mahathir itu berbanding rekod DAP yang sudah lama dalam politik tanah air dan sudah menguasai negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Betapa rendahnya nilai PPBM sehinggakan bekas Menteri pun enggan menyertai parti itu sama seperti bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini. – pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE