Teresa Kok Hampir Hampir Pasti Bertanding Di Parlimen Liow Tiong Lai

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari DAP dikhabarkan akan berubah angin bertanding di Parlimen Bentong pula berdepan dengan penyandang kerusi itu iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dari Barisan Nasional (BN).

Ada desas-desus mengatakan bahawa DAP sedang giat melakukan gerakan memindahkan pengundi tegar mereka dari kawasan Parlimen Seputeh ke Bentong bagi memberikan kemenangan kepada Teresa dan melakuan ‘giant killer’ di kawasan Liow itu.

Mereka mensasarkan untuk memindahkan kira-kira 12,000 pengundi dari Seputeh bagi tujuan itu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lepas, Teresa menang ke atas calon BN dari MCA, Nicole Wong Siaw Ting dengan mendapat 61,500 undi manakala calon BN itu hanya mendapat 9,948 undi dengan majoriti sebanyak 51,552 undi.

Gerakan itu difahamkan dilakukan DAP kerana di Seputeh majoriti kemenangan Teresa sudah terlalu besar dan jumlah pengundi perlu dikurangkan dan diperlukan di Bentong pula dengan niat menewaskan Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan itu.

Memetik sumber pemerhati politik, jika Liow tidak melakukan sesuatu di Bentong, nasibnya pada PRU ke-14 nanti sudah pasti terumbang-ambing memandangkan pengundi Cina ada kemungkinan akan beralih angin ke Teresa jika beliau bertanding di situ.

Memandangkan Seputeh sudah terletak dalam kawasan bandar wakil rakyat DAP di sana sudah tidak perlu melakukan banyak tugas membangunkan kawasan berkenaan.

Difahamkan sesiapa sahaja calon DAP yang diletakkan di Seputeh akan menang.

Jika Liow kalah, reputasinya selaku Presiden MCA akan tercalar teruk dan imej parti komponen terbesar BN itu juga akan menjadi buruk pada PRU akan datang. – pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE