Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang tempatan berbanding dolar AS, kata peniaga.Pada jam 9.08 pagi, unit tempatan itu berada pada paras 4.4300/4350 berbanding dolar AS daripada penutup semalam 4.4250/4290.

Public Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya hari ini berkata, dolar AS meningkat sedikit berikutan ketidaktentuan politik dan ekonomi di Eropah yang mendorong perdagangan pasaran kewangan ke arah mengelak risiko.

Ringgit juga didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1341/1398 daripada 3.1385/1418 dan jatuh berbanding yen kepada 3.9607/9680 daripada 3.9312/9351 semalam.

Unit tempatan itu menyusut berbanding pound kepada 5.5229/5318 daripada 5.5197/5261 manakala mengukuh berbanding euro kepada 4.7490/7561 daripada 4.7551/7598. BERNAMA

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*