Penunggang Motor Gembira, Dapat Petrol Percuma Di Kota Bharu

Langkah menderma memberikan bantuan pengisian petrol percuma kepada penunggang motosikal dilihat semakin menjadi budaya sejak akhir-akhir ini apabila harga bahan api itu meningkat lagi bulan ini.

Di Kota Bharu pagi tadi, sebanyak 300 orang penunggang motosikal menerima petrol percuma di Bunut Payong hasil inisiatif Kelab Permotoran Alternative Riding Club (ARC).

Memperuntukkan RM1,000 hasil sumbangan ahli kelab, ia dilakukan demi mengurangkan beban masyarakat, menurut laporan portal Harian Metro.

“Selain mahu meringankan beban pengguna, sumbangan ini antara lain mahu memperkenalkan kelab permotoran ini dalam usaha mendidik belia ke arah aktiviti positif,” kata pemimpin ARC Muhammad Ridzwan Hafizu Azahari.

Dengan kenaikan terbaru sebanyak 20 sen bulan ini, beberapa bahagian Umno seperti di Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur), Parit Buntar (Perak) dan Petaling Jaya Selatan (Selangor) turut menderma.

Pada 19 November lalu, pengasas produk kecantikan Dnars meraikan 2,000 pengguna motosikal dengan minyak percuma sempena sambutan hari jadinya.

Faziani Rohban dan suaminya Ahmad Shah Rizal Ibrahim membuat kerja amal itu di Tanah Merah, Kelantan.

Dua minggu sebelumnya, 1,000 penunggang motosikal menikmati derma petrol sumbangan pesara Pejabat Pelajaran Kuala Muda di Sungai Petani, Kedah. – pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*