Neelofa Mengaku Berkawan Dengan Kerabat Raja

Terbaru, Neelofa yang merupakan pengaca­ra dan pelakon popular mengaku ber­kawan dengan seorang kerabat diraja namun menjelaskan dia tidak berniat untuk memanjangkan berita itu yang sedang tersebar dalam kalangan rakan artis dan wartawan.

Artis bertaraf jutawan itu menyatakan bahawa hal ini kerana dia bimbang perkara itu mencetuskan dakwa­an-dakwaan yang tidak berasas.

Jelasnya, hubu­ngan yang sedang terjalin antara dia dan kerabat diraja berkenaan juga bukan diatur oleh keluarga seperti yang digembar-gemburkan.

“Saya masih solo dan dia (kerabat diraja) pun sama. Saya tidak nafikan kami berkawan cuma status saya sebagai selebriti dan dia sebagai kerabat tidak boleh lari daripada andaian orang” katanya kepada pemberita dalam majlis pelancaran koleksi tudung baharu, Lady Lofa sempena ulang tahunnya yang ke-28.

“Anda semua sudah cukup bijak untuk menilai sama ada saya layak atau tidak untuk bercakap tentang hal ini. Saya pilih untuk tidak mengulas” katanya lagi.

Katanya, dia juga pasti kerabat berkenaan tahu tentang desas-desus tersebut. Bagi mengulas lanjut, Neelofa juga merayu untuk orang ramai memahami situasi yang dihadapinya dan memberi ruang kepadanya untuk meneruskan kehidupan.

“Bila saya baca komen netizen, hati saya hancur. Saya tidak layak untuk ditekan sebegini. Tolong beri saya ruang” ujarnya. Pada masa sama, Neelofa juga enggan mengulas lanjut tentang status hubungan­nya dengan Fattah Amin.

“Sebelum ini, saya pernah beritahu memang kami pernah bersama semasa penggambaran Suri Hati Mr. Pilot. Tetapi apa yang terjadi antara saya dan Fattah, hanya kami berdua sahaja yang tahu” katanya lagi.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*