Mydin Menafikan GST Punca Kerugian

PEMBANGKANG masih cuba mengunakan isu cukai barang dan perkhidmatan(GST) untuk mencetuskan provokasi kebencian terhadap pentadbiran negara meskipun hampir 90% negara di dunia melaksanakan sistem tersebut.

Laporan yang tersebar dalam media sosial terutamanya menerusi blog-blog pro pembangkang mendakwa pasar raya besar itu mengalami kerugian disebabkan dasar dan pentadbiran kerajaan sekarang.

Bagi menjelas kekeliruan fakta tersebut Mydin menegaskan penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) merupakan faktor utama yang menyebabkan kerugian pada tahun 2016 dan bukan disebabkan pelaksanaan GST atau dasar-dasar kerajaan.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata, pengusaha pasar raya besar Mydin di seluruh negara mengalami kerugian disebabkan penurunan nilai ringgit kerana kebanyakan daripada produknya diimport.

“Paras ringgit berbanding dolar AS adalah pada RM3.65 pada 1 April 2015, berbanding kira-kira RM4.42 setiap dolar AS ketika ini. Itulah berapa banyak ringgit yang telah turun dalam tempoh itu,” katanya.

Ameer berkata, kelemahan ringgit berbanding dolar AS telah menyebabkan Mydin terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi produk yang dipesannya, tanpa menaikkan harga kepada pengguna.

Malah beliau menegaskan bahawa beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa dalam laporan-laporan itu dan tidak pernah mengkritik pentadbiran sekarang.

Menurutnya, GST tidak pernah menjadi punca kepada kerugian itu kerana cukai tersebut hanya menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini.

Akta Anti Pencatutan menyukarkan Mydin untuk menaikkan harga produknya kerana proses itu remeh, memerlukan perniagaan untuk menyatakan alasan terperinci mengapa mereka perlu menaikkan harga bagi mana-mana produk tertentu yang mereka jual.

Oleh itu, sukar untuk memindahkan kos kepada pengguna kerana kelemahan ringgit telah pun menyebabkan penurunan kuasa beli yang seterusnya menjejaskan perniagaan kumpulan.

Berdasarkan fakta di atas,  PRU14.tv boleh membuat kesimpulan yang dasar-dasar kerajaan benar-benar menjaga kepentingan rakyat. Barisan Nasional mengotakan janji mereka.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE