GEM : Malaysia Adalah Negara Ke-3 Di Dunia Banyak Bantu Usahawan

Hari ini, Pemantau Keusahawanan Global (GEM) telah mengemukakan hasil penyelidikan keusahawanan yang mendapati Malaysia berada di tangga ketiga daripada 65 negara dalam aspek menyediakan pembiayaan kepada usahawan untuk memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching menyatakan bahawa penyelidikan itu memberi tumpuan kepada sumber-sumber kewangan berasaskan pinjaman, geran dan subsidi untuk industri kecil dan sederhana (IKS) selain penajaan daripada peminjam swasta untuk syarikat yang baharu dan semakin berkembang.

Menurut beliau, Malaysia juga merupakan salah satu daripada empat negara yang menyaksikan jumlah penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan adalah sama atau lebih daripada lelaki selain Mexico, Brazil dan Indonesia.

Tambahnya lagi, GEM merupakan penyelidik keusahawanan terbesar di dunia menggunakan pendekatan Tinjauan Keusahawanan Nasional dan Tinjauan Penduduk Dewasa yang menyediakan perbandingan keputusan antara pendapat pakar dan kelakuan penduduk.

“Laporan itu juga membolehkan pihak berkepentingan terutama kerajaan melihat kesan pelaksanaan polisi berdasarkan data dan bukti amalan dan pendekatan terbaik di seluruh dunia” katanya.

“Hasil laporan GEM juga membantu pembuat polisi menyesuaikan dan membentuk strategi selain menggubal polisi bagi menggalakkan keusahawanan, memperbaiki pendidikan keusahawanan, menganalisis pasaran dan aspek lain dalam proses pembentukan perniagaan” katanya lagi.

Demikian adalah kata-kata beliau selepas melancarkan Laporan GEM 2016/2017 anjuran Sekolah Perniagaan dan Keusahawanan Bank Rakyat, Universiti Tun Abdul Razak.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*