Dyana Sofea Bakal Bertanding di Teluk Intan Pada PRU14

SEMUA pihak sedang mengatur strategi untuk persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) yang semakin hampir. Parti DAP dilihat masih mahu mengekalkan beberapa orang calon Melayu sebagai taruhan mereka dalam usaha untuk “mengaburi” mata para pengundi.

Menurut sumber, Dyana Sofya Mohd Daud masih menjadi pilihan DAP untuk bertanding di Parlimen Teluk Intan walaupun beliau kalah dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan ditangan calon Barisan Nasional daripada Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Kieong pada tahun 2014 yang lalu.

Barisan Nasional telah merampas kerusi parlimen itu daripada DAP yang memenanginya dalam dua pilihan raya umum sebelum ini. Mah menang dengan majoriti 238 undi apabila memperolehi 20,157 undi berbanding calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mendapat 19,919 undi.

Kemenangan ini menjadi satu pencapaian besar kepada Gerakan, memandangkan kerusi ini boleh disifatkan sebagai satu kawasan yang agak selamat bagi DAP. Walaupun isu fitnah 1MDB masih panas dibawa oleh pembangkang yang diketuai DAP namun mereka gagal menyekat kemaraan Barisan Nasional ketika itu.

M Manogaran daripada DAP memenangi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dengan memperolehi 18,486 undi, mengatasi Mah yang mendapat 17,016 undi. Mah sekali lagi tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, apabila hanya mendapat 20,086 undi, berbanding calon DAP Seah Leong Peng yang memenangi 27,399 undi. Seorang lagi pesaing, calon bebas Moralingam Kannan mendapat 279 undi.

Persoalannya adakah Dyana Sofea mempunyai faktor-faktor yang dikehendaki oleh sebahagian besar pengundi Teluk Intan sehingga beliau masih diangkat sebagai calon bagi kawasan tersebut.

Selain itu juga, dalam keadaan PAS tidak lagi bersama Pakatan Harapan yang diketuai DAP, adakah keputusan meletakan Dyana Sofea sebagai calon merupakan keputusan yang tepat memandangkan undi Melayu sudah tentu tidak lagi berpihak kepada beliau.

Sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sendiri, mengakui yang penurunan undi Cina ketika PRK Teluk Intan mungkin disebabkan Dyana seorang Melayu. Oleh itu, dimanakah rasionalnya Dyana diletakan sebagai calon sekali lagi.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*