Blog Che Det 12 Hari Sepi, Dr Mahathir Kehabisan Modal Serang PM?

Share This:

Apa sudah jadi dengan blog chedet.cc kerana sejak 26 Januari lepas, ia tidak dikemaskini dengan entri terbaru oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri pada 2003, Dr Mahathir membuka blog berkenaan dan menulis menggunakan nama penanya iaitu Che Det untuk menyuarakan pendapat dan aktiviti beliau.

Sejak mula membuat tuduhan kepada kerajaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir menjadikan blognya itu medan menyerang Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai dakwaan.

Bagaimanapun, sejak 26 Januari, blog itu sepi tanpa berita dan Dr Mahathir sudah tidak menulis lagi. Dr Mahathir seakan senyap selepas media arus perdana membongkarkan berkaitan skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Hong Kong dan skandal dagangan mata wang (Forex) yang membuatkan imej beliau tercalar.

Artikel terakhir hanya pada 12 hari lepas iaitu 26 Januari.

Adakah PPBM berasa kurang selesa Dr Mahathir bersuara melalui blognya sendiri atau beliau disuruh berdiam diri seketika sehingga isu BMF dan Forex ini selesai.

Sebelum ini, beliau memang dikhabarkan ada ke luar negara tetapi sudah pun nampaknya kembali ke Malaysia dan menghadiri program PPBM seperti biasa.

Agak pelik apabila blog Che Det dilihat sunyi tanpa artikel terbaru tulisan Dr Mahathir.

Tidak mungkin Dr Mahathir sudah kehabisan modal untuk menyerang BN dan Najib kerana biasanya jika dakwaan tidak berasas, idea untuk mereka cerita dan pembohongan biasanya susah untuk tandus atau kehabisan.

Dr Mahathir tahu, para penggiat media sosial yang menyokong Najib kini semua bersedia memantau blog berkenaan untuk artikel baru dan ia akan dipatahkan dengan hujah bukti dan fakta bagi menafikan penipuan yang dibuat bekas Presiden UMNO itu.

Beliau mungkin tak ada idea, tapi apabila blog bekas Perdana Menteri yang kononnya mengatakan beliau menerima banyak sokongan itu dilihat sepi, ia terasa janggal dan nampak seperti Dr Mahathir sudah mula takut dan bimbang. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*