Azmin Lari Ke Ampang Bimbang Kalah Pada Shahrizat

Share This:

Pembangkang dalam Pakatan Harapan nampaknya kini sedang giat mencari lokasi yang sesuai untuk calon-calon mereka bertanding kerana bimbang kalah kepada calon dari Barisan Nasional (BN) yang dilihat semakin agresif dan semakin diterima rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan juga bakal berpindah ke Parlimen Ampang kerana bimbang tewas kepada calon baru di kawasan itu, Ketua Pergerakan Wanit UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat akan berubah angin bertanding di Parlimen Gombak kerana kerusi Parlimen Lembah Pantai akan ditandingi oleh bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan iaitu Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Selain Gombak, Mohamed Azmin juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan Menteri Besar Selangor.

Para pemerhati politik berpendapat Shahrizat mempunyai peluang yang baik untuk menang jika bertanding di Gombak selain di Lembah Pantai.

Di Gombak difahamkan golongan wanita yang juga penyokong Shahrizat sudah bersedia untuk keluar mengundi BN dan memberikan kemenangan kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Rekod cemerlang Shahrizat menjadi ketua sayap UMNO juga bakal menjadi faktor beliau akan menang di Gombak jika bertanding berdepan Mohamed Azmin.

Ketika ini, parti-parti politik dalam negara ini sedang membuat perancangan untuk memilih serta mencari calon termasuk lokasi untuk mereka bertanding nanti.

Difahamkan juga ramai pihak membuat ramalan bahawa PRU ke-14 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*