AMD Memfailkan Aduan Pelanggaran Paten Terhadap MediaTek, LG, Vizio

Share This:

Hak penggunaan paten merupakan suatu isu yang sangat serius di kalangan syarikat-syarikat teknologi terbesar di dunia. Terbaru, nampaknya AMD telah memfailkan aduan pelanggaran paten terhadap beberapa syarikat, termasuklah pengeluar cip terkemuka daripada Taiwan, iaitu MediaTek. Aduan pelanggaran paten ini turut menamakan pihak LG dan juga Vizio selain Mediatek.

Dalam penfailan aduan AMD terhadap syarikat-syarikat ini, mereka telah didakwa melanggar tiga paten, dua daripadanya oleh ATI Technologies sebelum syarikat tersebut diambil alih oleh AMD. Paten-paten yang dilanggar ini berdasarkan teknologi grafik yang menggunakan konsep shader, yang digunakan untuk memasukkan efek khas dan pemprosesan pasca video.

Pemfailan pelanggaran paten-paten ini dikatakan kerana MediaTek menggunakannya di dalam beberapa SoC (System-on-a-Chip) mereka tanpa kebenaran, dan syarikat-syarikat seperti LG dan Vizio terkena tempias juga kerana ada beberapa peranti mereka, seperti LG X Power yang menggunakan cip pemprosesan Helio P10, dan juga television pintar Vizio yang menggunakan SoC SX7, dan kedua-dua komponen ini dikatakan melanggar paten AMD yang tersedia.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*