Wanita Tempatan Berbogel Dan Baring Atas Jalanraya

Share This:

SEORANG perempuan berumur 36 tahun, warga tempatan berbogel dan baring di tengah jalan raya di One Stop Kim Fung, Batu 4, Sandakan.

Wanita tersebut dipercayai kurang siuman turut dihantar ke hospital D.O.K Sandakan untuk tindakan selanjut.

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sandakan mengambil tindakan proaktif dengan menyiasat isu wanita berbogel dan berbaring di tengah jalan raya tersebut.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, pihak sudah mengarahkan jabatan berbuat demikian.

Sebelum itu gambar bogel tersebut dikongsi oleh pengguna media sosial dipercayai berlaku berhadapan susur keluar dari Bandar Prima.

Ia menyebabkan orang ramai meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu kerana membahayakan pengguna jalan raya.

– PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*