Video : Orang Ramai Tidak Peduli Ritihan Mangsa Langgar Lari

Gara-gara, sikap tidak bertimbang rasa masyarakat, seorang mangsa langgar lari di New Delhi, India maut selepas kehilangan banyak darah.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian dan melihatnya dilanggar bas tidak mengendahkan rintihan mangsa yang merayu bantuan.

Sebaliknya mereka hanya berebut-rebut untuk mengambil gambar dan video kejadian menggunakan telefon bimbit.

Anwar Ali, 17, dibiar terbaring di jalan raya selama setengah jam selepas basikal ditunggangnya dirempuh bas ketika mahu ke tempat kerja di Koppal, Karnataka.

Menerusi rakaman, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian pelvik dilihat pucat lesu akibat kehilangan darah yang banyak.

Kemudian, kelihatan seseorang menawarkannya air namun tiada siapa yang mahu membawanya ke hospital.

Laporan Bangalore Mirror menyatakan bahawa doktor mengatakan mangsa mungkin dapat diselamatkan jika dia menerima rawatan awal, namun orang ramai dilihat lebih gemar merakam kejadian menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Malahan, kejadian itu sekali gus mencetuskan kemarahan pengguna Internet India.

-pru14.tv-

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*