Video : Kencing Di Tepi Jalan, Budak 6 Tahun Maut Dirempuh Mini Bas

Share This:

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun mati dilanggar sebuah bas mini ketika mencangkung di tepi jalan raya untuk membuang air kecil.

Video pengawasan menunjukkan kejadian di Ningdu, daerah di wilayah Jianxi itu tular di Internet di China. Seorang kanak-kanak yang dilihat menarik seluarnya sebelum mencangkung untuk membuang air kecil di tepi jalan.

Kira-kira dalam 10 saat kemudian, sebuah bas mini melanggarnya. Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang dialaminya terlalu parah.

Semntara itu, pemandu bas berkenaan ditahan polis untuk disoal siasat. Bagaimanapun, kebanyakan netizen di China menyalahkan ibu bapa kanak-kanak itu, tidak pemandu terbabit.

“Saya bersimpati dengan pemandu itu. Yang salah ialah perbuatan membuang air kecil di tepi jalan. Ibu bapanya yang perlu bertanggungjawab” kata seorang netizen di laman media sosial.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*