Video Jackie Chan Terkejut Dan Menangis

PELAKON lagenda, Jackie Chan menerima kejutan dipertemukan semula dengan kumpulan lagak ngerinya selepas 40 tahun. Beliau telah dijemput sebagai tetamu khas untuk segmen tribute bersama aktor terkenal menerusi satu program televisyen, tetapi dia tidak dimaklumkan lansung yang akan menerima kejutan berkenaan oleh kru produksi.Ketika beliau sedang asyik menonton satu tayangan video aksinya bersama kesemua anggota JC Stunt Team lakonannya pada era 80-an dahulu, kesemua anggota-angota telah dibawa ke pentas dibelakangnya tanpa dia sedari.

Pengacara kemudian bertanya sama ada dia merindui ahli-ahli lagak ngeri itu yang sudah lama tidak bertemu.

“Sudah hampir 40 tahun kami bersama dan tidak bertemu dalam jangka masa yang sangat lama.

“Selama 40 tahun juga kami kekal bersama tidak kira susah atau pun senang, kecederaan yang kami alami memang banyak, tulang retak, terseliuh dan kadang-kadang terpaksa bergegas ke hospital pada jam 5 atau 6 pagi.

“Itu semua berlaku dibelakang tabir dan tidak ada siapa yang nampak kepayahan kami. Sehinggalah saya menerima anugerah Oscar baru-baru ini, kemenangan itu adalah milik bersama.

“Hingga tiba hari ini, JC Stunt team berjaya membina nama atas usaha keras kami semua. Team kami sudah pun berkembang sehingga ke generasi ketujuh.

“Seperti yang anda lihat kami sudah semakin berusia….,” katanya sambil menoleh kebelakang.

Belum pun habis ucapannya, dia kemudiannya terkejut selepas menoleh belakang kali kedua dan tidak menyangka semua anggota JC Stun Team berada dibelakangnya dan terus menangis.

Dia kemudianya terus memeluk mereka seorang demi seorang membuatkan para penonton di studio tidak dapat menahan air mata dan terus bangun memberikan tepukan.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE