Netizen Kecam Orang Cacahkan Tattoo Ke Badan Kucing Jenis Sphynx

Seorang artis tattoo di Yekaterinburg, Rusia telah menerima kecaman hebat di media sosial selepas memuatnaik video dia mencacahkan tattoo di kucing baka Sphynxnya sehingga video itu tular.

Para netizen menjadi lebih marah apabila pemilik kucing itu, mengatakan ia bukanlah tattoo pertama bagi kucing berkenaan dan juga mungkin bukan yang terakhir.

Pemilik kucing berkenaan juga mengakui bahawa dirinya memaksa kucingnya itu untuk kononnya meminati minat yang sama iaitu memiliki tattoo.

“Saya rasa bersalah kerana melakukan perkara ini kepadanya, kerana itu bukanlah apa yang dimahukannya,” katanya di dalam video berkenaan.

Kucing itu sudah ada satu tattoo besar di belakang bahagian badannya yang memaparkan gambar seorang wanita, satu dek kad terup, menara penjara dan rokok.

Menurut artis itu, untuk mencacahkan tattoo di atas seekor kucing adalah sukar kerana kulit kucing berbeza dari manusia. Dia tidak mempercayai dakwaan bahawa membuat tattoo ke atas kucing adalah berbahaya kepada haiwan itu.

“Ini bukan tattoo pertamanya.

“Kucing itu tidak merasai apa-apa, dia akan terjaga semula dari kesan ubat bius dan kemudian kembali seperti sediakala,” katanya.

Seorang Ketua Pusat Pemulihan Haiwan di Russia, Elizabeth Skorynina berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh artis tattoo itu.

“Siapa sahaja yang ada tattoo boleh memberitahu kamu bahawa ia adalah satu proses menyakitkan, jika kepada haiwan, kesannya pasti lebih teruk.

“Kucing jenis Sphynx mempunyai kulit yang lebih sensitif dan apa sahaja jangkitan akan menyebabkan mereka tidak selesa dan berasa sakit.

“Jika artis itu menggunakan ubat otot, xylaxine, dia meletakkan nyawa haiwan itu dalam bahaya kerana ia mematikan sesetengah fungsi badan tetapi otak tetap berfungsi normal,” katanya memetik sumber portal Oddity Central.

Maklum balas dari para netizen di Rusia di laman sosial mereka VKontakte adalah kebanyakannya negatif dan kebanyakan menuduh artis itu sudah melakukan kekejaman ke atas haiwan.

Mencacah tattoo ke atas seekor kucing bukanlah kali pertama berlaku di Rusia, mereka ada satu obses mencacahkan tattoo ke atas badan kucing baka Sphynx ini. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*