Muhyiddin Sudah Mula Rindu Pada UMNO Dan BN

Dalam hati bekas Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin agak-agaknya sudah boleh merasakan bahawa dia bakal dipinggirkan dari parti itu dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dipilih menggantikannya nanti.

Dek kerana itu, dalam satu ucapan di Program Bicara Rakyat PPBM di Kampung Batu Sawar, Sungai Lembing, Pahang, kelmarin.

Kata Muhyiddin, kemajuan yang dilaksanakan UMNO dan Barisan Nasional (BN), menerusi pimpinan yang silih berganti, tidak boleh dinafikan kerana Malaysia bermula sebagai sebuah negara yang tidak mempunyai apa-apa selepas merdeka.

“Waktu itu ilmu yang ada kurang, tiada kilang, sekolah pun tidak sampai ke universiti, hidup melarat… tapi kalau lihat waktu ini, sedikit sebanyak hasil perjuangan itu mengangkat negara kita ke suatu tahap yang boleh dibanggakan,” katanya dipetik BERNAMA.

Kemudian, hendak menutup malu dirinya merindu, beliau kemudian berkata bahawa agak janggal apabila penyokong PPBM mendengar dirinya berkata sedemikian kerana seolah-olah masih berada dalam kerajaan.

“Tapi kalau perkara itu merit, itu adalah meritnya. Apa yang benar itu benar. Dalam tempoh berpuluh tahun dengan dasar kerajaan dipelopori Umno dan BN negara kita menjadi negara maju, terkenal dan dalam konteks Islam, dikatakan negara contoh,” katanya.

Begitu tinggi pujiannya kepada BN dan UMNO seolah-olah mahu pemimpin di dalam parti itu khususnya bekas bosnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari bahawa Muhyiddin masih sayangkan UMNO biarpun sudah disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

Selain sedar dirinya mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri, beliau juga sedar kes skandalnya dengan bekas isteri seorang Pendakwa Raya, Nika Gee Siew Yee yang kini sudah sampai ke pengetahuan Jabatan Agama Islanm Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Dokumen berkaitan perkara itu sudah diserahkn kepada pihak berkaitan oleh sebuah badan bukan kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk disiasat dan diambil tindakan.

Dalam hati Muhyiddin juga mungkin sudah mula terfikir, jika beliau tidak ikutkan hati dan rasa tamak mahukan kuasa, pasti beliau terus kekal memimpin negara sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama-sama Najib biarpun berdepan pelbagai cabaran. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE