Kerana Takut Kehilangan Pulau Pinang, DAP Dah Mula Kempen PRU14 Bulan Depan

Ekoran kebimbangan Pulau Pinang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan agaknya, DAP sudah mula melancarkan kempen untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang diramalkan kononnya akan berlaku tahun ini begitu awal.

Pengerusi DAP, Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata mereka akan memulakan kempen mereka pada 18 Mac depan dengan tema “Menjamin Masa Depan Pulau Pinang”.

“Dalam dua PRU lalu, temanya ialah ‘perubahan’. Kali ini, kami mahu melihat ke masa depan untuk menyampaikan apa yang rakyat mahu.

“Tema baru itu ialah pembaharuan janji kami kepada anda, untuk bersama anda dalam apa jua keadaan pun, untuk berkhidmat kepada anda dan melindungi masa depan anda daripada ‘kleptocrat’,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Pulau Pinang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shang Wu, di Georgetown, semalam.

Beliau berharap, kerjasama parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan turut sama akan menggunakan nama yang dicadangkan oleh DAP itu.

Chow berkata, PRU14 akan diadakan pada bila-bila masa dan parti itu mahu memaklumkan orang ramai mengenai rancangan mereka untuk menang dan mendapatkan mandat baru untuk mentadbir Pulau Pinang untuk penggal ketiga bersama parti sekutu mereka.

“Mulai 18 Mac ini, kami akan memulakan kempen menghadapi pilihan raya akan datang. Ada banyak kerja perlu dilakukan.

“Saya harap semua yang berada dalam kepimpinan parti, daripada pusat kepada peringkat cawangan akan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kemenangan kami untuk 1 penggal lagi,” katanya.

Sebelum ini, pembangkang melalui Pakatan Rakyat mendapat sokongan agak besar dari pengundi di Pulau Pinang pada PRU13 dengan menang 30 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada jumlah itu, DAP memenangi 19 kerusi, PKR 10 kerusi dan PAS 1 kerusi, manakala Umno pula mempunyai 10 kerusi. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*