Jual Tanah : Kenapa Dr Mahathir Tak Selar Guan Eng Dan DAP Pulau Pinang

Share This:

Dengar cerita, difahamkan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga banyak menjual beberapa bahagian tanah di dalam negeri itu kepada pihak asing dari luar negara dalam projek perumahan mewahnya.

Ada projek perumahan yang sedang dibina dikatakan dijual kepada para pemilik dari Singapura dan harganya terlalu mahal untuk dibeli oleh rakyat negeri itu.

Mengapa Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mengkritik atau menghentam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sudah lama menjual tanah di negeri itu kepada orang asing sejak DAP menang Piihan Raya Umum (PRU) di negeri itu.

Kalau dilihat, di bahagian Batu Feringghi misalnya, kawasan perumahan di sana semuanya hanya sesuai untuk dibeli oleh orang yang kaya raya dan bilangan rakyat Pulau Pinang yang mempunyai kekayaan yang banyak mungkin hanya sebahagian kecil.

Di sinilah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan projek perumahan mega dan kemudian unit-unit rumahnya itu dijual kepada orang dari negara lain.

Dr Mahathir baru-baru ini mengkritik Kerajaan Negeri Johor kerana mengadakan projek Forest City di Johor Bahru dan kebanyakan unit rumah di dalam kawasan berkenaan dijual kepada pembeli dari rakyat China sebagai menarik masuk pelaburan asing.

Beliau menuduh Johor dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberikan kerakyatan secara percuma kepada pemilik rumah di kawasan berkenaan kemudian untuk membantu mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum nanti.

Najib dalam penjelasannya sudah mengatakan bahawa tiada kerakyatan secara percuma diberikan oleh kerajaan kepada pemilik rumah di Forest City.

Dalam soal Pulau Pinang, banyak kawasan kampung orang Melayu telah dimusnahkan oleh kerajaan Guan Eng dengan merobohkannya untuk memberi laluan kepada pembinaan projek-projek perumahan ini.

Orang Melayu yang sudah lama menetap di sana hilang tempat tinggal dan terpaksa mencari rumah di kawasan lain ekoran kampung yang ada lama mereka tinggal hilang dirobohkan oleh kerajaan rakus DAP.

Kerana DAP adalah parti yang sudah memeterai kerjasama dengan PPBM melalui Penasihatnya Lim Kit Siang membuatkan Dr Mahathir terus terima apa sahaja kerosakan yang dilakukan DAP tidak seperti dulu, apa yang jahat sahaja mesti Dr Mahathir cakap DAP yang buat. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*