Google Menjual Bahagian Pengimejan Satelit, Terra Bella Kepada Planet Labs

Google pada tahun 2014 yang lepas, telah mengambil-alih perkhidmatan satelit yang dipanggil sebagai Skybox Imaging. Ia kemudiannya, dijenamakan semula kepada Terra Bella dan digunakan dalam membangunkan satelit pada kos lebih rendah, tetapi menawarkan kebolehan merakamkan gambar resolusi tinggi.

Lanjutan daripadanya, selepas Google menstruktur semula syarikat mereka dibawah Alphabet, ia dilihat mereka mula menjual bahagian yang tidak begitu digunakan dan sebagainya. Terkini, Terra Bella dilihat telah dijual kepada salah satu syarikat lain, iaitu Planet Labs.

Planet Labs turut membangunkan satelit bersaiz kecil, dan menjual perkhidmatan pengimejan – lebih kurang seperti Terra Bella. Dengan pengambil-alihan ini, Planet Labs terus mengukuhkan portfolio mereka, disamping akan menjual pengimejan mereka kepada Google untuk beberapa tahun.

Nilai transaksi tidak diumumkan, tetapi Google dikatakan akan mengambil sedikit pegangan dalam syarikat Planet Labs berkenaan.

Disamping Planet Labs, buat masa ini, pihak Google turut mendapatkan data pengimejan daripada syarikat DigitalGlobe Inc – yang mana biasanya digunakan pada Google Maps.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*