DAP Tidak Mahukan Perpaduan

Share This:

KETUA Parlimen DAP Lim Kit Siang dilihat menentang sebarang bentuk perpaduan orang Melayu dan umat Islam. Perkara ini dengan sendirinya mendedahkan “niat jahat” DAP dan “busuknya hati” otai DAP tersebut. Kita tidak sepatutnya terkejut dengan fakta itu memandangkan penubuhan DAP sejak dari mula mensasarkan serangan terhadap orang Melayu bagi membolehkan negara jatuh ke tangan mereka.

Lim Kit Siang menegaskan bahawa Malaysia menjadi negara “gagal” bukan kerana kurang perpaduan atau keharmonian tetapi disebabkan ia telah menjadi ‘kleptokrasi global’.

Kita perlu faham yang istilah gagal dalam konteks Lim Kit Siang adalah kerana mereka belum dapat menguasai negara secara mutlak. Beliau enggan mengambil kira sebarang pengiktirafan tentang kejayaan negara dari badan penarafan dunia yang berwibawa. Maksudnya gagal dalam konteks Lim Kit Siang adalah enggan menerima kenyataan bahawa Malaysia berjaya mengharungi kemelut kemelesetan ekonomi dunia dengan jayanya atas kepintaran dan kerja keras kerajaan Barisan Nasional.

Malah DAP seolah-olah mengarahkan “orang-orang” mereka agar turut menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendakwa Datuk Seri Najib sengaja membentuk persepsi rakyat di negara ini bahawa misi bantuan ‘Food Flotilla For Myanmar’ adalah lambang penyatuan ummah antara PAS-Umno.

Beliau turut menuduh Najib sengaja menyebut-nyebut perkara itu bagi membentuk pemikiran rakyat bahawa PAS dan Umno sememangnya bersatu.

Perpaduan orang Melayu merupakan musuh utama DAP. Mereka terlalu takut perkara ini berlaku kerana ia akan menjadi penanda aras bahawa era kegemilangan DAP telah berakhir.

Hanya orang bodoh sahaja akan percaya bahawa perpaduan tidak penting. Dasar pecah dan perintah telah lama diguna pakai oleh musuh-musuh Islam sejak zaman berzaman.

Tambahan pula misi bantuan ‘Food Flotilla For Myanmar’ ini bertujuan untuk membantu sesama umat Islam. Oleh itu, tidak hairan lah mengapa Lim Kit Siang bersama Mahfuz dilihat tidak senang duduk apabila Perdana Menteri kita bersama PAS melancarkan misi tersebut.

DAP akan terus melakukannya demi megejar agenda 50 tahun yang kini sedang berada dipenghujung usia Lim Kit Siang dan keturunannya. Percaturan politik DAP kini kian menuju ke arah satu bentuk politik yang boleh mengancam keamanan negara. Setiap isu yang dibangkitkan menjadi begitu ‘panas’ sehingga perbuatan serta tindakan yang dahulunya terlarang atau mustahil kini menjadi mainan politik DAP.

Jika dahulu setiap bentuk persoalan yang sensitif pada kebiasaannya dilakukan perbincangan dengan pihak yang terbabit, namun sekarang semuanya telah dilanggar tanpa memikirkan kesannya kepada kaum yang menjadi sasaran DAP.

DAP kini sudah tidak memperdulikan dalam soal menjaga hati mana-mana pihak, mereka terus memainkan isu agama, Raja serta mempertikaikan setiap tindak tanduk yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ianya bertujuan untuk kebaikan rakyat. Ingatlah bahawa perpaduan musuh utama DAP.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*