DAP Sedar Tidak Tadbir Baik P Pinang, Sebab Melenting Cadangan Tengku Adnan

Menyedari itu satu-satunya negeri yang mereka ada dan mereka lebih banyak berpolitik dari berbakti, DAP begitu marah apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat cadangan untuk menjadikan bumi Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan.

Sebagai rakyat yang sudah muak dengan DAP, pasti mereka akan menyukainya kerana bakal dapat peruntukan terus dari Kerajaan Persekutuan dan tidak ada lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di pulau berkenaan.

Bagi Tengku Adnan, adakah DAP tidak melakukan tugas menjaga amanah rakyat di Pulau Pinang sehingga menyebabkan mereka seakan-akan tidak senang duduk apabila cadangan itu dibuat.

“Saya hanya menyuarakan cadangan tersebut, kenapa Guan Eng (Lim Guan Eng) nak melenting, perkara itu melalui proses yang sukar, dia tak buat kerja ke…DAP tak buat kerja,” jawab Tengku Adnan mengulas komen Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau yang juga mesra dikenali sebagai Ku Nan berkata demikian selepas melancarkan program Kenduri 1Wilayah Persekutuan peringkat Parlimen Kepong, di Jinjang, semalam.

Puak pembangkang termasuk Guan Eng telah mempersoalkan cadangan beliau semasa temuramah dengan sebuah stesyen radio sempena Hari Wilayah Persekutuan memperluaskan Wilayah Persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang, Langkawi, Kedah dan sebahagian Melaka.

Katanya, jika negeri-negeri itu akan terletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung ia akan mendapat lebih peruntukan dan perhatian.

Ketika ini di bawah Wilayah Persekutuan ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menidakkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan, Guan Eng berkata cadangan Ku Nan itu adalah satu jenis tipu helah dan tidak masuk akal kerana dilihat memberi ancaman terhadap perpaduan negeri dalam Malaysia.

Adalah menjadi satu bencana kegagalan untuk DAP kerana Ketua Menterinya sendiri bakal berdepan perbicaraan rasuah dan kemungkinan dipenjarakan.

Jika Pulau Pinang menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan, Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan DAP adalah satu parti yang merekodkan kegagalan paling teruk dalam sejarah parti politik pembangkang itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*