Arnorld Schwarzenegger Berseloroh Nak ‘Hentak’ Muka Trump Ke Meja

Pengacara program realiti The Celebrity Apprentice, Arnold Schwarzenegger semalam secara berjenaka berkata beliau mungkin menghentak muka Presiden Donald Trump ke meja apabila pembantunya mencadangkan supaya mengadakan mesyuarat satu jam dengan bekas pengacara program itu.

Bekas gabenor California itu berkata demikian Jumaat lalu, susulan kritikan Trump bahawa beliau gagal melakukan tugas baik sebagai gabenor atau pengacara program TV.


“Saya cakap kepada pembantu, apa yang kita patut buat ialah meminta diadakan mesyuarat dan kembali ke New York, kemudian hentak mukanya pada meja,” kata kepada Men’s Journal.

Pagi Jumaat lalu, Trump dalam Tweeter menulis:

“Arnold Schwarzenegger memang teruk sebagai Gabenor California dan lebih teruk sebagai pengacara The Celebrity Apprentice. Sekurang-kurangnya beliau sudah cuba!”

Pertelingkahan antara Trump dan Schwarzenegger bermula sejak pelakon filem The Terminator itu menyatakan sokongan terhadap Gabenor Ohio, John Kasich, pada peringkat awal persaingan ke Rumah Putih.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE