AirSelfie – Sebuah Lagi Dron Mini Untuk Peminat Selfie

Share This:

Dron yang pada awalnya digunakan untuk tujuan riadah kini sudah berevolusi untuk digunakan di dalam filem Hollywood bertaraf lima bintang. Sebagai contoh dron DJI Matrice 600 direka khas untuk krew perfileman profesional dan dijual pada harga hampir RM 20000. Bagi golongan pengguna dron mini untuk selfie mula muncul di pasaran.

AirSelfie ialah sebuah lagi dron mini untuk peminat selfie yang boleh dimasukkan ke dalam poket seluar. Seperti Selfly yang kami paparkan beberapa minggu yang lalu, AirSelfie boleh dipasang pada peranti menggunakan kerangka khas. Kamera 5 Megapixel digunakan dan bateri sebesar 260 mAh yang disertakan memberikan tempoh penerbangan sehingga tiga minit. Harga jualan dron selfie ini ialah $262 (~RM 1160).

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*