Usah Lacurkan Agama Hanya Kepentingan Sendiri

Share This:

Kadangkala, jika kita lihat pada penampilan seseorang yang berjubah dan berserban serta selalu menyampaikan ilmu agama, kita mudah untuk melabelkannya sebagai seorang ustaz atau setidak-tidaknya penceramah bebas. Kelompok ini amat mudah ditemui sejak akhir-akhir ini dan ianya boleh dianggap sebagai perkembangan yang sihat dalam memperkembangkan syiar Islam di negara ini.

Kebangkitan ulama-ulama muda samada lepasan pengajian pondok mahupun melalui program-program realiti yang kini membanjiri kebanyakan siaran televisyen sebanarnya bagus untuk pembangunan rohani umat Islam. Namun apa yang disesalkan adalah, ada diantaranya menjadikan kedudukan mereka yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai modal menghentam kerajaan dan memperjuangkan wang saku sendiri.

Kebanyakan ilmuwan yang ada satu ketika dahulu selalu menyampaikan pesanan, berhati-hatilah dengan mereka yang berketerampilan sufi yang menyebarkan agama kerana di akhir zaman kelak, kelompok ini akan muncul bukan untuk menyebarkan dakwah Islamiah, sebaliknya bertindak seperti menjual agama hanya untuk kepentingan dirinya. Dalam bahasa mudah, mereka ini adalah golongan yang melacurkan agama.

Dalam membicarakkan hal ini, semalam sudah menjadi tular di dalam media-media sosial di mana seorang peserta Pencetus Ummah bertindak mempertikaikan sistem AES yang kini sudah dikuatkuasakan di kebanyakan lebuhraya dan jalan raya. Dakwanya, ia merupakan satu tindakan zalim dari kerajaan yang dilihat menginaya ramai pihak.

Apa yang menariknya, menerusi beberapa carian yang dilakukan, beliau sendiri mempunyai lebih daripada 25 saman tertunggak dimana majoritinya adalah saman had laju. Persoalannya, adakah status beliau sebagai seorang ulama menghalalkannya melanggar peraturan dan undang-undang sewenang-wenangnya? Adakah dengan menyalahkan pihak lain mampu melangsaikan segala saman tertunggak beliau?

Seperti pihak pembangkang yang lain, jarinya amat mudah ditundingkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedangkan kesalahan yang dilakukan adalah disebabkan oleh nafsunya sendiri yang amat gemar memandu laju dan sekaligus melanggar undang-undang jalan raya.

Adakah berbaloi untuk beliau menunding jari kepada Datuk Seri Mohd Najib kononnya Perdana Menterilah yang bertanggungjawab meletakkan perangkap laju di beberapa lokasi? Apa yang menyedihkan, beliau menggunakan hadis dan petikan Al Quran bagi menghalalkan tindakannya di laman sosial peribadi miliknya.

Jika inilah contoh yang diberikan oleh seorang peserta Pencetus Ummah, bukan satu perkara yang menghairankan apabila akan ada pengikutnya mengikut jejak langkahnya untuk menentang pemimpin sendiri. Nasihat untuk peserta berkenaan, usahlah lacurkan agama hanya kerana kepentingan dirinya sendiri. Jangan malukan umat Islam yang lain hanya kerana terlalu marah disaman akibat kalah pada hasutan nafsunya sendiri.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*