Program Free Market Bantu Golongan Tidak Berkemampuan

Baru-baru ini, konsep program Free Market yang diadakan di Pejabat T-Cakna Kampung Baru Kuala, Lumpur berjaya memperkukuhkan permuafakatan sesama anak perantau Terengganu di sekitar Lembah Klang selain membantu golongan tidak berkemampuan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyatakan bahawa program yang diadakan bersempena dengan hari terbuka T-Cakna pada setiap hari Ahad pertama setiap bulan iaitu memberi barangan percuma baharu dan terpakai kepada masyarakat yang memerlukan.

Objektif Free Market adalah untuk menjalinkan hubungan silaturahim anak-anak perantau Terengganu, menyuburkan amalan tolong-menolong dan memberi peluang kepada perantau bertemu dengan kepimpinan kerajaan negeri.

‘Yang utama kita nak memberikan peluang kepada anak-anak perantau Terengganu yang berada di luar supaya meraka ini sentiasa keadaan yang solidariti, permuafakatan dan saling bantu-membantu kerana dalam TTB konsep berpasukan kita tekankan dalam salah satu prinsip TTB iaitu Keluarga Bahagia dan Inklusif’.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Free Market NGO Anok Perantau Tranung di Kampung Baru Kuala Lumpur. Turut hadir isteri beliau To’ Puan Seri Halina Zakaria, Yang DiPertua DUN Dato’ Mohd Zubir Embong, EXCO Kerajaan Negeri Dato’ Pehimi Yusof, Timbalan EXCO Pelancongan YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Peneraju Kelab Anak Darul Iman Malaysia (KADIM) YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin.

Meraikan 20 orang anak yatim daripada Pusat Anak Yatim Sungai Buloh Selangor. Ahmad Razif turut memberitahu Program Free Market akan diperluas ke zon-zon seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengeratkan persaudaraan dalam kalangan rakyat Terengganu di perantauan.

‘Selepas ini kita akan perkembangkan lagi di empat zon iaitu Zon Pantai Timur di Terengganu, Zon Lembah Klang di Kuala Lumpur, Zon Selatan di UTM Johor Bahru dan minggu depan kita akan lancarkan Zon Utara di UUM Kedah’.

‘Insyaalah kita juga akan adakan di Zon Malaysia Timur iaitu Sabah serta Sarawak dan keseluruhan kita akan ada lima zon di Malaysia bagi anak-anak perantau Terengganu’ katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada NGO Pesat, KADIM dan Persatuan Seberang Takir Anak Perantau (SETARA) yang telah mengambil inisiatif dalam mengadakan program yang bermanfaat ini dan berharap ia akan diteruskan pada masa akan datang.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*