Perjalanan Terakhir Proton Atau Sebenarnya Pemulihan Proton

Share This:

ISU Proton cuba dijadikan modal untuk menghasut rakyat dengan menyebarkan provokasi yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian. Desas desus mengenai syarikat otomotif China, Geely akan mengawal 51 peratus pegangan kilang Proton di Tanjung Malim dijadikan modal dalam gerakan tersebut.

Keadaan Proton hidup segan mati tak mahu bukan lagi rahsia. Jadi apabila Proton perlu berbuat sesuatu untuk berkembang maju, kita jangan pula cuba menghasut orang lain untuk menentang mereka. Kerajaan baru berkata mahu membenarkan satu kilang Proton dijual sahamnya agar kita mendapat sedikit suntikan modal, sudah ada yang bangkit dengan keris dan parang.

Bagaimana Proton hendak maju dalam perniagaan jika sentimen begini masih wujud? Proton bukan baru 10 tahun dibina malah ia sudah berusia 34 tahun. Jika ia berkata ia mahukan rakan kongsi, siapakah anda untuk berkata tidak perlu?

Beberapa pendapat berkenaan perkara ini perlu dipertimbangkan dalam menilai keadaan Proton buat masa ini, diantaranya :-

1. Proton membina kilang di Tanjung Malim dengan wang sendiri, tanpa hutang.

Benar. Ini adalah antara fakta yang sangat dibanggakan. Jika anda bertanya kepada pakar ekonomi, mereka akan berkata pelaburan sebesar itu memang bagus jika kita yakin perniagaan kita akan kukuh dalam masa akan datang dan sudah ada baki duit untuk dilaburkan kepada penyelidikan (R&D). Namun perkara tersebut tidak berlaku. Kerajaan terpaksa memberi suntikan modal beberapa kali. Perkara ini tidak adil kepada rakyat.

2. Di zaman Tun Mahathir, Proton sentiasa mencatat keuntungan atas dasar sekatan ekonomi.

Proton menguntungkan kerana Tun Mahathir melaksanakan sekatan ekonomi terhadap kenderaan jenama lain. Dalam isu Proton, sekiranya cara Tun diguna-pakai sekarang, ianya akan mengundang kemarahan rakyat kerana harga kereta jenama lain akan turut meningkat.

Dalam zaman sekarang di mana Malaysia sudah menandatangni perjanjian perdagangan bebas dengan pelbagai negara lain, sangat sukar untuk mengenakan sekatan dagangan seperti dahulu – iaitu dengan menaikkan cukai untuk kenderaan bukan nasional.

Kenderaan dari negara AFTA dan Jepun datang dengan cukai yang minimum kerana negara-negara berkenaan menerima produk kita dengan cukai yang rendah atau tiada cukai langsung.

Malaysia sebenarnya ada mengamalkan sekatan teknikal ke atas produk kenderaan.

Kesemua kenderaan yang mahu dijual di Malaysia perlu lulus ujian homologasi Malaysia (Type Approval) yang sebenarnya lebih rumit dari Eropah.

Standard homologasi Malaysia diasaskan dari standard Eropah, Jepun dan Australia dan bila disatukan, ia memang sangat ketat. Ini boleh anda tanyakan sendiri pada mana-mana syarikat kenderaan di dalam negara.

Semua kenderaan yang hendak dijual di Malaysia akan diuji sepenuhnya dan dipastikan mengikut homologasi negara.

Biarpun kenderaan itu diimport dari China ke, Afrika ke, Rusia ke, planet Zargus sekalipun, jika ia tidak menepati piawaian homologasi negara, ia tidak akan dibenarkan masuk.

Jika dipasang di Malaysia pun, ia perlu mematuhi homologasi tersebut.

3. Syarikat otomotif Geely dari China akan membeli 51 peratus pegangan kilang di Tanjung Malim, dan diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

Untuk makluman Geely ialah antara dua syarikat yang sedang dalam proses menawarkan pakej rakan kongsi kepada Proton. Satu lagi syarikat ialah PSA – Peugeot/Citroen dari Perancis. Dan memang kerajaan menawarkan saham 51 peratus kepada KILANG di Tanjung Malim agar kilang itu beroperasi sepenuhnya dan membawa hasil kepada Proton juga. Namun itu hanya untuk kilang di Tanjung Malim sahaja yang beroperasi terlalu rendah dari kapasiti sebenarnya sehingga membawa kerugian besar kepada Proton.

4. Nasib anak-anak bangsa hanya akan menjadi kuli pada bangsa negara luar bila kepentingan PROTON hilang dari tangan Malaysia merupakan satu fitnah jahat.

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa menjual saham kilang tidak bermaksud seluruh syarikat tergadai. Hanya 51% saham kilang di Tanjung Malim yang akan dijual sedangkan Proton menghasilkan banyak kenderaan mereka di Shah Alam. Dalam era ekonomi seperti sekarang, semua syarikat kenderaan berusaha untuk mengurangkan kos operasi. Proton, walau berada dalam kemelut pun, tidak pernah membuang pekerjanya.

Sekiranya Proton mempertingkatkan teknologi di kilang Shah Alam agar mampu menghasilkan lebih banyak kenderaan di sana, bukankah itu akan mengurangkan kos operasi mereka dan memberikan lebih keuntungan? Tambahan pula jumlah jualan Proton sekarang tidak memungkinkan mereka menjalankan operasi di dua kilang di dua lokasi berlainan.

Proton ialah sebuah syarikat, dan ia perlu beroperasi sebagai sebuah syarikat – bukan hanya untuk memuaskan ego sesuatu pihak sahaja.

5. Kilang tersebut bakal bertukar polisi dari mereka cipta dan mengeluarkan model sendiri ke cuma menjadi TUKANG PASANG PINTU, TUKANG PASANG BONET, TUKANG PASANG RIM TAYAR dan TESTER pada kereta keluaran jenama Geely dari China adalah tohmahan semata-mata.

Untuk makluman kilang Proton pernah memasang model Inspira. Antara sebab utamanya ialah Proton mahu buktikan ia mampu menjalankan operasi “contract assembly”, iaitu mengambil upah untuk memasang kenderaan dari jenama lain di kilang itu. Proses contract assembly ini bukan suatu perkara yang baharu. Malah kilang Perodua juga memasang model Myvi untuk dijual oleh Daihatsu sebagai Sirion di Indonesia.

Dalam tahun 2004, Perodua mengambil kontrak untuk memasang Toyota Avanza di kilang mereka. Dan Perodua dibayar untuk kos-kos pemasangan tersebut serta vendor-vendor tempatan pula mendapat perniagaan.

Mitsubishi pernah memasang kenderaan elektrik dan SUV untuk Peugeot/Citroen. Kilang Renault pernah memasang trak pikap Nissan. Fiat ini sebenarnya ialah Mazda MX-5 baharu. Dan kereta sport Fiat 124 yang dilancarkan tahun lalu dipasang oleh Mazda di kilang mereka di Hiroshima.

Kini Proton perlu mengembangkan perniagaan agar dapat memastikan kesinambungan syarikat tersebut.

6. Proton turut difitnah akan sama nasib seperti di Indonesia. Ada plant, ada kilang kereta tapi cuma jadi tukang pasang parts pada Volvo, Mercedes, Toyota dan lain lain.

Tahukah anda jualan kenderaan di Indonesia jauh lebih tinggi dari Malaysia dan ia akan terus berkembang kerana Indonesia mempunyai lebih dari 10 kali ganda penduduk dari kita? Thailand sudah menjadi pengeksport nombor satu dunia untuk trak pikap saiz sederhana. Thailand juga menjadi pembekal kenderaan nombor satu ke Australia. Malah hampir kesemua syarikat Jepun mempunyai pusat penyelidikan lengkap di Thailand.

Adakah Thailand mempunyai kenderaan jenama sendiri? Tidak, dan adakah duit mereka lebih kukuh dari kita sekarang?

Jadi apabila Proton perlu berbuat sesuatu untuk berkembang maju, kita jangan cuba menghasut orang lain untuk menentang mereka. Proton perlukan rakan teknikal kerana tidak ada cara lain lagi untuk mendapat teknologi terkini.

Kos pembangunan sememangnya diketahui adalah terlalu tinggi dan jumlah jualan yang sedikit tidak memungkinkan kita mampu melabur begitu banyak dalam teknologi enjin.

Enjin yang moden penting kerana ia membolehkan kenderaan melepasi tahap pengeluaran asap (emission standard) yang rendah untuk masuk ke negara-negara maju.

Volvo sekarang semakin berkembang maju selepas Geely membeli syarikat itu dan menyuntik dana untuk penyelidikan.

Jaguar dan Land Rover turut dijual dan dimiliki oleh Tata dari India. Suntikan modal dari Tata memungkinkan Jaguar dan Land Rover menghasilkan produk-produk yang digilai oleh golongan berada.

7. Beza cuma plant plant tu Volvo, Merc dan Toyota yang keluar duit bina. Tapi untuk Geely PROTON YANG PENAT PENAT BINA DAN USAHA namun akhirnya kerajaan DS Najib senang-senang jual 51% kepentingannya pada syarikat kereta China.

Sebenarnya ini (menjual 51 peratus) lebih baik kerana kita masih ada suara di dalam kilang itu, dan kita boleh pastikan tenaga mahir tempatan digunakan. Dan rakan teknologi baharu itu perlu membayar harga saham tersebut – bukan diberikan percuma. Kilang tersebut akan lebih maju selepas Proton mempunyai rakan teknikal nanti kerana akhirnya kilang itu akan digunakan sepenuhnya.

Dan bila itu terjadi, kawasan tersebut akan membangun dengan pesat dan vendor-vendor tempatan boleh dibina untuk menambahkan lagi pendapatan negara.

8. Bahana 1mdb.

Sekiranya kita masih suka melayan politik kedai kopi dan menyalahkan kesemua faktor luaran atas kemunduran ekonomi kita, sampai bila-bila pun kita tidak akan ke mana.

Proton adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom, dan ia memang menjadi kebanggaan negara. Produk-produk terbaharu Proton memang sudah membuktikan ada pembaikan dari kesemua segi. Malah ramai mereka yang sedikit sangsi dengan Proton terpaksa bersetuju produk terbaharu jenama tersebut seperti Persona dan Saga memberikan kepuasan yang terbaik untuk nilainya.

Dunia otomotif ialah dunia yang kompleks dan penuh dengan cabaran-cabaran seperti cabaran rekebentuk, cabaran penjimatan bahan bakar, cabaran keselamatan penumpang dan cabaran homologasi sesebuah negara.

Kerajaan sudah bersetuju untuk membantu Proton apabila ia menawarkan pinjaman mudah (soft loan) sebanyak RM1.5 billion dan kerajaan mahukan beberapa agensi untuk turun dan membantu Proton agar menjadi lebih berdaya saing.

Jika kita sayangkan Proton, kita letak kepercayaan kepada tampuk pengurusan Proton dan agensi-agensi yang berkaliber untuk menentukan apa yang terbaik untuk jenama itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*