Pelihara Pokok Dan Benih Perpaduan Dengan Baik – PM Najib Razak

Share This:

Penduduk di dalam negara ini akan terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni jika dipelihara dengan baik ‘pokok atau benih perpaduan’ yang ditanam oleh pemimpin terdahulu.

Itu adalah antara amanat penting disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, pokok itu sudah ditanam 60 tahun dahulu dan pada hari ini rakyat dapat menikmati hasil dengan memetik buah-buahnya.

Najib berkata, perkara itu perlu dipelihara bagi menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Jaga pokok ini (perpaduan) sebaik-baiknya, letak baja dan siram, jangan sekali-kali kita nak tebang pokok yang kita sudah tanam ini sebab kalau kita tebang, bagi anai-anai makan dan jika pokok ini rebah maka kita sudah tiada tempat perlindungan sama sekali.

“Jika itu terjadi bererti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal. Tetapi sebaliknya ia tidak berlaku dan kita menjadi sebuah negara yang berjaya.

“Saya komited sebagai Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih berjaya pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Sabtu.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama, Datuk Azman Amin Hassan.

Di negara ini, parti pembangkang khususnya DAP cukup iri hati dengan perpaduan yang dikecapi di negara ini kerana ia adalah satu-satunya perkara terbaik yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu dari Barisan Nasional (BN).

Percubaan mereka pada tahun 1969 didalangi antaranya oleh Penasihat DAP sekarang, Lim Kit Siang terbukti gagal apabila pemimpin terdahulu iaitu bapa Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak dengan bijaksana mengekang penularan rusuhan itu dengan menubuhkan Majlie Gerakan Negara (MAGERAN).

Dengan MAGERAN, perpaduan dikembalikan dan kekal kukuh sehingga sekarang. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*