Kerjasama PPBM Dan PAS Hanya Akan Wujudkan Parti Bunga ‘Taik Ayam’

Jika parti PPBM benar-benar bersatu dalam politik bersama PAS untuk menentang Barisan Nasional (BN), pakatan berkenaan sebenarnya akan berkesudahan seperti satu pakatan yang sia-sia sahaja.

Kalau hendak diibaratkan, kerjasama itu akan menjadi Parti Bunga Taik Ayam sahaja kerana parti itu tidak pernah mahu bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat.

Mereka hanya sibuk mencari rakan untuk berpakat untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dengan membuat rakyat membenci kerajaan dan membuat janji-janji palsu kepada rakyat supaya mereka diundi pada pilihan raya nanti.

PPBM sudah diketahui adalah parti yang tidak diingini berasal dari UMNO ditubuhkan oleh dua bekas pemimpin UMNO yang kecewa iaitu Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Misi mereka hanya untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa ada hala tuju untuk rakyat.

PAS pula sebelum ini sudah dikenali sebagai parti yang tidak pernah tetap pendirian dan sentiasa bertukar-tukar keputusan apabila melibatkan kerjasama dengan pembangkang.

Konflik mereka dengan DAP sehingga terputus hubungan kerjasama hanyalah di luar dari Selangor sahaja tetapi di dalam negeri Selangor, mereka masih berpakat rapat berpeluk sakan untuk memastikan Kerajaan Negeri Selangor tidak jatuh.

Berkaitan PPBM, PAS sebelum ini melalui ramai pemimpinnya mengatakan bahawa mereka tidak akan berkerjasama dengan PPBM selagi parti Dr Mahathir itu ada kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, apabila sedar ada peluang untuk menang dan mencuri satu dua kerusi jika bekerjasama dengan Pakatan Harapan, PAS jadi hilang arah dan berdolak-dalih dengan syarat mereka sendiri.

Akhirnya, mereka seperti sudah berjaya dipujuk apabila setuju menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal Kerjasama PAS-PPBM dalam satu mesyuarat khas antara kedua-dua parti baru-baru ini.

Satu parti hanya mahu menang dalam PRU dan satu lagi asyik bertukar-tukar pendirian. Mana mungkin kerjasama sebegitu rupa akan berjaya malahan masing-masing bakal berusaha menjatuhkan antara satu sama lain dalam PRU nanti.

Di dalam Pakatan Harapan pula, parti yang ada juga sudah sedia bermasalah sejak dari zaman penubuhan mereka lagi.

Mereka ada DAP yang dipelopori meluas oleh kaum Cina, mereka ada PKR yang asyik hendak bebaskan banduan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka ada PAN yang merupakan parti buangan dari PAS diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE