Siasatan JAINJ Atas Skandal Muhyiddin Bakal Buat Dr Mahathir Dan PPBM “Panas”

Share This:

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) difahamkan bakal memulakan siasatan ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal hubungan sulitnya dengan isteri orang, Nika Gee Siew Yee.

Semalam, badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia menyerahkan beberapa dokumen penting untuk membantu JAINJ dalam siasatan berkenaan.

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah berkata dokumen itu merangkumi satu Akuan Bersumpah (SD) bekas Timbalan Pendakwa Raya, Stanley Clement Agustion berkenaan dakwaan beliau Muhyiddin ada hubungan dengan isterinya, Nika Gee.

“Turut diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), pagi tadi ialah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2015 berkaitan perceraian Stanley dan bekas isterinya.

“Siasatan perlu dijalankan kerana secara jelas nama Muhyiddin disebut hampir empat kali dalam SD berkenaan dan kes perceraian terbabit,” katanya.

Selepas skandal seks membelenggu parti PPBM ke atas bekas Ketua Srikandinya, Anina Saadudin, kini ia membelenggu Muhyiddin pula iaitu Presiden PPBM.

Sudah pasti, siasatan oleh pihak JAINJ ini bakal membuatkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad “panas” kerana parti mereka baru sahaja hendak mula merangkak dalam arena politik tetapi sudah mula terlibat dalam pelbagai masalah.

Bagi Dr Mahathir, skandal terbaru Muhyiddin ini mungkin juga memberi manfaat kepadanya kerana anaknya Datuk Seri Mukhriz mungkin boleh dilantik menjadi Presiden PPBM lebih awal selepas Muhyiddin disingkirkan.

Imej PPBM sudah pasti akan tercalar dengan lebih teruk dek kerana skandal Muhyiddin ini selepas tercalar dek skandal seks Anina.

Sehingga hari ini, Muhyiddin nampaknya berdiam diri dan sudah beberapa hari tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan apa jua isu termasuk menjawab isu skandal seks beliau ini.

Azwanddin menyerahkan dokumen berkaitan kepada Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Saiful Najib Hassan.

Pada 27 Disember lalu, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dikatakan berjanji akan meneliti dokumen berkaitan dakwaan skandal seks itu.

Azwanddin memaklumkan bahawa ada surat dikirimkan oleh pihak MAIJ kepadanya memaklumkan berkenaan komitmen itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*