#PRKTjgDatu : Rata-Rata Masih Merindui Tok Nan

Share This:

Esok adalah hari yang menjadi tumpuan warga Sarawak terutamanya warga DUN N03 Tanjung Datu. Pada jam 9 pagi, adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu bagi mencari pengganti Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang meninggal dunia 11 Januari lalu.

Menurut beberapa sumber, dijangkakan bakal ada pertembungan 3 penjuru antara calon Barisan Nasional, Puan Sri Hajah Jamilah Anu yang juga balu Allahyarham, calon dari parti STAR dan calon dari PBDS-B. Diberitakan juga, ada kemungkinan seorang calon bebas turut sama bakal bertanding di kerusi berkenaan.

Namun, apa yang menarik, ketika menemubual beberapa orang penduduk tempatan, mereka masih bersedih dengan kehilangan Allahyarham yang disifatkan cukup tapat dengan penduduk tempatan. Rata-rata mereka merasakan, penduduk di Tanjung Datu cukup terasa kehilangan Allayarham dan ada diantaranya tidak bersedia untuk menerima pengganti Allahyarham.

Kesedihan warga Tanjung Datu telah diterjemahkan dengan beberapa buah papan tanda dinaikkan bagi mengenang antara ungkapan yang sering disebut Allahyarham semasa hayatnya. Antaranya “Tok Nan meminta tempoh 5 tahun lagi untuk mengetuai Sarawak, tetapi beliau pegi terlebih dahulu sebelum sempat beliau laksanakan usaha dan kerjanya”.

Dalam perkembangan lain, ketika diajukan tentang calon Barisan Nasional yang dikemukakan oleh pucuk kepimpinan PBB, majoriti merasakan Puan Sri Jamilah bukan nama asing di Tanjung Datu. Rata-rata memberi respon positif dengan pencalonan Puan Sri Jamilah yang mereka sifatkan sebagai amat rapat dengan rakyat, sama seperti Allahyarham suaminya.

Menurut seorang penduduk di Sampadi memberitahu, Puan Sri Jamilah akan hadir kesetiap ajlis yang dianjurkan oleh penduduk setempat walaupun tanpa ditemani oleh suaminya. Beliau turut menganggap, cara Puan Sri Jamilah mendekati penduduk di DUN berkenaan hampir sama dengan cara Allahyarham dengan memberi tumpuan penuh kepada keperluan rakyat.

Lebih menarik lagi, diberitakan, Puan Sri Jamilah dilaporkan turut berikrar akan meneruskan segala perancangan yang telah dibuat oleh Allahyarham suaminya untuk membangunkan DUN Tanjung Datu. Pembangunan di DUN berkenaan tidak akan terhenti begitu sahaja dan ramai yang menaruh keyakinan bahawa Puan Sri Jamilah akan melaksanakan pembangunan yang telah dijanjikan pada Pilihan Raya Negeri sebelum ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*