Perogol Bersiri Dihalau Balik Ke Malaysia

Selepas menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Kanada, seorang rakyat Malaysia yang dianggap sebagai perogol bersiri paling berbahaya akan diusir pulang ke Malaysia Ahad ini.

 
Selva Kumar Subbiah, 56 yang disabitkan kesalahan dengan 19 kes serangan seksual pada 1992 bagaimanapun dipercayai telah memperkosa hampir 1,000 wanita di Kanada. 
 
Kosmo melaporkan Selva akan dihantar pulang ke Malaysia pada Ahad ini dengan diiringi tiga pengawal Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada. 
 
Dia juga dilaporkan sebelum ini menggunakan modus operandi dengan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem atau penari profesional bagi ‘membaham’ mangsanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *