Terdesak Hendak Dibebaskan, Ada Kawan Anwar Cuba Pujuk Saiful Bukhari

Pihak yang rapat dengan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kini cuba memujuk mangsa liwatnya untuk memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad ke-5 supaya dibebaskan dari hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya.

Di laman Facebook mangsanya itu, Saiful Bukhari Azlan beliau mendakwa telah didatangi kenalan rapat Anwar memujuknya memohon perkara itu untuk bekas majikannya itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia benar-benar datang dari keluarga Anwar atau sebaliknya,”kata Saiful dalam satu kenyataan di laman facebooknya.

Saiful berkata, dia didatangi beberapa hari lepas oleh individu yang beliau enggan dedahkan namanya dan memohon maaf daripadanya kerana selama ini telah menyerang dan tidak mempercayai dakwaan yang dibuatnya ke atas Anwar.

“Saya cakap kepada beliau, tidak mengapa, saya sudah lama memaafkan semua, kerana mereka tidak tahu.

“Beliau kata, dalam agama, kita sesama manusia harus bermaaf-maafan, apatah lagi dengan perdamaian itu memberi manfaat kepada semua.

“Selepas itu, beliau minta izin untuk menyampaikan hajatnya, yang juga mewakili keluarga Anwar.

“Saya tidak pasti sama ada ia benar-benar datang dari keluarga Anwar atau sebaliknya,” kata Saiful.

Di dalam benak hati Saiful, ada keraguan dengan permintaan itu sama ada Anwar benar-benar sudah insaf atau sebenarnya hanya mencari peluang untuk keluar dari penjara dan kemudian bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.

Selepas dibebaskan Anwar mungkin akan menggunakan Saiful dengan mengatakan bahawa perkara liwat sebenarnya tidak berlaku selepas Saiful sendiri yang mewakili Anwar memohon pengampunan itu.

“Beliau mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan Di Raja bagi pihak Anwar dari DYMM YDP Agong agar Anwar dibebaskan, TANPA mengubah pengakuan dan dakwaan saya.

“Kata beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Beliau mohon saya maafkan Anwar. Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama 2 tahun, mungkin beliau sudah insaf.

“Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan merit nya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi.

“Kata beliau, dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan,” kata Saiful.

Saiful bagaimanapun memerlukan masa untuk berfikir dulu sebelum mempertimbangkan membuat sebarang keputusan.

“Saya ucap terima kasih kepada beliau kerana memberi pencerahan. Saya kata nanti saya fikir-fikirkan dan bincang dengan keluarga terlebih dahulu sebelum saya membuat sebarang keputusan,” katanya. – pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *