Isu BMF Dan Forex Akan Jadi Bahan Bualan Ahli Perniagaan Sempena Tahun Baru Cina

Share This:

Isu laporan CIA dan pendedahan skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Hong Kong akan menjadi perbualan kebanyakan ahli perniagaan sempena sambutan Tahun Baru Cina esok memandangkan ia kembali menggemparkan rakyat selepas terlalu lama terpendam.

Sebagai ahli perniagaan, apa-apa isu melibatkan suasana perniagaan di dalam negara dan antarabangsa biasanya akan menjadi bahan bualan.

Pastinya laporan CIA yang mengaitkan pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan skandal berkenaan yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit kerana pinjaman yang diberikan BMF kepada syarikat Carrian Group.

Selain isu laporan CIA, isu skandal perdagangan mata wang asing (Forex) juga bakal menjadi buah mulut orang ramai ketika meraikan sambutan Tahun Baru Cina.

Dikatakan skandal berkenaan pada tahun 1992 telah menyebabkan negara rugi kira-kira RM30 bilion.

Kedua-dua skandal ini berlaku pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan ia pernah dimuatkan dalam buku tulisan Barry Wain dalam bukunya, Malaysia Maverick yang menyebut berkaitan kehilangan berbilion ringgit ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Perbualan ini juga nanti akan membuatkan orang ramai membuat carian di dalam internet berkaitan perkara itu dan lebih banyak maklumat mengenai perkara berkenaan akan terpapar dan menjadi pengetahuan orang ramai berkenaan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Selepas ini, pelbagai lagi skandal yang berkaitan dengan Dr Mahathir akan dibongkar satu persatu oleh pelbagai pihak.

Tahun 2017 dilihat seperti tahun yang memeritkan buat bekas Perdana Menteri itu apabila pelbagai pihak yang mempunyai pengetahuan berkaitan apa yang dilakukan beliau mula menyerang dengan dakwaan dan bukti yang memerlukan Dr Mahathir tidak lagi berdiam diri dan mula menjawab. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*