#PrkTjgDatu : Mari Kita Kenali N03 Tanjung Datu

Share This:

Sudah hampir dua minggu, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem meninggalkan kita. Sejak dua minggu itulah, Dewan Undangan Negeri N03 Tanjung Datu kosong tanpa ada sebarang pengganti buat sementara waktu. Bagi kalangan penduduk negeri Sarawak, Tanjung Datu sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun, bukan semua mengenali kawasan paling selatan di negeri Sarawak ini.

Tanjung Datu merupakan sebuah kawasan yang terletak paling hujung negeri Sarawak. Disini, terdapatnya Taman Negara Tanjung Batu di mana ianya antara penarik buat pengunjung luar mahupun dalam negeri mengunjungi Tanjung Datu. Dengan dihiasi dengan keindahan Flora dan Fauna, Taman Negara ini disifatkan antara Taman Negara terkecil di negeri Sarawak.

Apa yang mencuri tumpuan di sini adalah, seperti di pantai Semantan dan Santubong, Tanjung Datu juga menyajikan keindahan panorama pantai yang cukup menarik. Lebih menarik lagi, disinilah terletaknya sempadan yang paling hampir dengan Indonesia (sebelah Kalimantan) samada dari segi daratan mahupun dari segi maritim.

Terletak kira-kira satu jam 30 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching, kita akan menempuhi pekan Lundu yang merupakan pekan utama buat penduduk sekitar terutamanya Tanjung Datu melakukan urusan seharian. Walaupun ianya terletak paling selatan negeri Sarawak, namun sistem perhubungan dan jalan raya berada dalam keadaan baik.

Dari segi politik, DUN ini menjadi kubu kuat buat bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem. Beliau mewakili DUN ini sejak Pilihan Raya Negeri kali ke 9 (2006) dan kerap kali muncul pemenang dengan majoriti lebih dari 4,000 undi keatas semua lawannya, walaupun pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 10, beliau berhadapan dengan saingan 3 penjuru.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11, Mei tahun lalu, Allahyarham kekal mempertahankan kerusinya ini dengan mengalahkan calon dari PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 6,828 undi.Kemenangan ini mengukuhkan lagi posisi beliau selaku Ketua Menteri Sarawak dan lebih manis lagi, beliau membawa kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri berkenaan dengan meraih 72 kerusi DUN.

Secara amnya, kerusi ini secara tradisi ditandingi oleh calon PKR sejak Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 10. Justeru, dapat disimpulkan bahawa, Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu kali ini juga bakal mempertemukan calon dari Barisan Nasional bertemu PKR dan ada kemungkinan juga, calon bebas turut sama ingin mencuba nasib.

Menyentuh dari segi pembangunan, selaku ADUN di kawasan ini, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem tidak pernah melupakan DUN yang diwakilinya walaupun beliau terlalu sibuk dengan tugasnya selaku Ketua Menteri. Beliau amat menitik beratkan keperluan rakyat yang diwakilinya dan paling utama, beliau juga antara individu yang telah mempromosikan dengan lebih giat lagi Taman Negara Tanjung Datu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*