Dah 16 Tahun Dikebumikan, Sampai Sekarang Kain Kafan Masih Elok

Ianya kebesaran ALLAH disebalik musibah kubur rosak apabila pasir pusara dibawa arus deras air hujan, ada tiga pusara yang masih elok kain kafannya di Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk di Kampung Dalam Rhu.

Sementara itu, kejadian tersebut berlaku ketika penduduk kampung bergotong-royong menimbus kembali pusara yang berubah tempat, batu nisan tercabut dan belindan pecah sejak semalam lagi.

Mazlan Besar, Imam Masjid Ismaili Tumpat menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah kuasa Allah memperlihatkan kain kafan yang masih elok sedangkan jasad itu dikebumikan 16 tahun lalu.

“Tapi sebelum diperlihat oleh orang ramai saya tutup (kambus) cepat-cepat kain kafan itu” katanya.

“Itu semua kuasa Allah, di sini tanah perkuburan yang jenazahnya ditanam hanya tiga hingga empat kaki kerana faktor tanah” katanya lagi.

Sebelum ini, dilaporkan arus deras air hujan yang bertakung memasuki Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk menyebabkan lebih 100 kubur rosak.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*