Rakyat Sarawak Lebih Kenal Jasa Arwah Adenan, Bukannya Pembangkang

Nampaknya ada beberapa orang sudah pun ditangkap polis kerana memfitnah dan menghina kematian Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Seri Adenan Satem yang menghembuskan nafas terakhirnya kelmarin.

Mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab ketika kematian seseorang adalah orang yang tidak mempunyai niat yang baik kepada Allahyarham sebaliknya iri hati kepada apa yang berjaya dicapai oleh beliau.

Oleh sebab itu, mereka mengutuk, menghina dan tergamak memfitnah biarpun individu berkenaan sudah pun kembali ke rahmatullah.

Dalam hal Allahyarham Adenan, seluruh rakyat negeri Sarawak lebih arif dan mengenali serta mengetahui jasa yang sudah beliau curahkan kepada rakyat sehingga Barisan Nasional (BN) Sarawak menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas.

Adenan berjaya menyatukan mereka rakyat negeri Sarawak dan menerima kepimpinan beliau serta mengekalkan keharmonian negeri itu sehingga hari ini.

Antara jasa yang diingati ialah Adenan membentuk Kabinet pentadbirannya dengan anggotanya terdiri daripada semua etnik.

Di dalam pasukannya, ada etnik Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Cina dan Orang Ulu. Allahyarham turut mengambil keputusan untuk menghapuskan tol yang ada di negeri itu dengan melupuskan tol terakhir iaitu tol di Jambatan Tun Salahuddin.

Lebuh Raya Pan Borneo nanti juga tidak akan dikenakan sebarang tol kerana Kerajaan Negeri Sarawak mahu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Oleh itu, pihak pembangkang yang juga ada menghina kematian Adenan perlu melihat keperluan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu nanti bagi mencari pengganti Allahyarham.

Ia adalah seperti Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon di Kelantan selepas kematian bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia bagi memberikan ruang kepada BN terus meletakkan wakil sesuai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu untuk meneruskan legasi Adenan kepada rakyat di kawasan itu. – pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *