Sebar Fitnah Selepas Kematian Adenan Satem, Lelaki 57 Tahun Ditahan

Share This:

Sungguh biadap apabila seseorang bergembira dengan kematian seseorang, apatah lagi menyembur dengan kata-kata penghinaan berbentuk fitnah.

 
Polis menahan lelaki berusia 57 tahun disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia semalam (Rabu).
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek ditahan pada jam 12.05 tengah malam semalam oleh JSJ Kuching di kediamannya di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Landeh, Kuching.
 
“Telefon bimbit suspek dirampas bagi tujuan siasatan,” katanya.
 
Menurut Dev Kumar, terdapat empat lagi pemegang akaun Facebook didakwa menulis entri berbentuk fitnah. Setakat pagi ini sahaja, 13 laporan polis dibuat di lapan daerah dan siasatan masih diteruskan.
 
“Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak menahan sesiapa yang membuat catatan fitnah atau komen berbentuk hasutan terhadap ketua menteri atau sesiapapun,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*