Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Setiap Keluarga Mangsa Banjir Menerima Sumbangan RM1,000

By Malik January 11, 2017 : 4:06 pm

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu hari ini mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga mangsa banjir di negeri ini.

Beliau menyatakan bahawa sumbangan akan disalurkan dalam masa terdekat sebaik sahaja pihaknya menerima senarai lengkap mereka yang benar-benar terjejas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Komitmen kerajaan negeri sebanyak RM500 manakala M500 lagi pemberian kerajaan Pusat menerusi JKM” jelasnya dalam sidang akhbar selepas melawat projek Hotel Paya Bunga (PB) Square dan kompleks PB Sentral.

Pada ketika itu, turut berangkat, Tengku Sri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud. Yang hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh.

-pru14.tv-

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE