Image Map
|| Laman Utama || Berita || Politik || Rencana || English Section || Video || Hiburan || Sukan ||

Selepas Faiz Subri, Malaysia Turut Catat Rekod Baru Dunia

By Samurai Biru January 11, 2017 : 2:27 pm

Ketika ini, demam kemenangan Mohd Faiz Subri yang berjaya merangkul anugerah Puskas pada majlis FIFA Annual Award 2016 di Zurich, masih dirasai. Siapa sangka, seorang anak Melayu beragama Islam dari benua Asia mampu memecah monopoli penguasaan dari pemain Eropah dan Amerika Selatan untuk merangkul anugerah seumpama ini.

Ianya sekaligus menutup tempoh cemerlang sukan negara setelah trio atlet Paralimpik negara berjaya memecahkan rekod dunia dalam 3 acara yang mereka sertai. Inilah kehebatan anak-anak Malaysia yang sepatutnya menjadi contoh dan tauladan buat seluruh rakyat Malaysia.

Namun begitu, mungkin semua pihak terlepas pandang bahawa Malaysia juga turut mencatatkan satu lagi rekod dan sejarah dunia. Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan acara-acara sukan mahupun mencipta sesuatu yang baru yang boleh digunakan oleh seluruh umat manusia. Rekod yang dimaksudkan adalah, rekod orang politik paling tua di dunia.

Siapa sangka, pada usia 92 tahun, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad masih aktif berpolitik diwaktu rakan sejawatnya dahulu ramai yang telah bersara sepenuhnya. Malah ada diantara mereka telahpun meninggal dunia pada usia yang lanjut. Namun bagi Mahathir, ianya bukan penghalang untuknya bergiat aktif dalam politik tanahair.

Apa yang menarik untuk diperkatakan adalah, setelah cukup lama mentadbir Malaysia, hari ini beliau berada di pihak pembangkang dan komitmen beliau mahu menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini, tidak setanding dengan umurnya yang boleh dianggap sebagai terlalu lanjut.

Mungkin Guiness Book of World Record boleh mencatatkan nama Mahathir sebagai ahli politik paling tua yang masih aktif. Walaupun tidak jelas hasrat sebenar beliau terus bergiat aktif dalam politik, namun sesuatu yang pasti, beliau adalah seorang pesara yang mampu kesana dan kemari dengan menggunakan jet persendirian disaat beliau melemparkan tuduhan kononnya kerajaan sekarang zalim dan membazir.

Pihak Guiness Book of World Record juga harus mempertimbangkan namanya sebagai Pengerusi sebuah parti politik paling tua di dunia. Manakan tidak, tidak pernah tercata dalam mana-mana sejarah dunia, seorang ahli politik masih begitu kemaruk kuasa sehingga masih memegang tampuk pentadbiran sesebuah parti politik.

Inilah Tun Dr Mahathir Mohamad yang ada pada hari ini. Sememangnya, cukup wajar gelaran berkenaan diberikan kepadanya memandangkan beliau tidak pernah jemu untuk terus berada dalam arena politik negara walaupun usianya kini sudah cukup lanjut.

Comments

comments

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*




PALING POPULAR


FACEBOOK





TWITTER


CARIAN


ARKIB

>

Tags

back to mobile

© Pilihanraya Umum ke 14. All Rights Reserved. Sign up for entries RSS and for the comments RSS.

Powered by WordPress. PrU14.TV theme by TheJay.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE