Rakyat Sarawak Sifatkan Kehilangan Adenan Sebagai Sukar Diganti

Pada jam 1.20 tengah hari tadi, negara dikejutkan dengan pemergian Ketua Menteri Sarawak ke 5, Datuk Patinggi Pehin Haji Adenan Bin Haji Satem. Beliau dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kuching disisi kaum keluarga beliau.

Berita ini cukup mengejutkan warga Sarawak samada yang menetap di Bumi Kenyalang mahupun yang tinggal di Semenanjung. Rata-rata melahirkan perasaan terkejut dengan pemergian beliau kerana sukar untuk mendapat berita bahawa beliau sememangnya telah jatuh sakit sejak hampir dua bulan yang lalu.

Rata-rata anak Sarawak di laman-laman sosial hari ini meratap sedih kehilangan seorang tokoh yang paling di hormati di Sarawak. Ramai yang menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat. Malah ketokohan beliau juga amat dihormati oleh lawan mahupun kawan dalam arus politik di negeri Sarawak.

Apa yang pasti, majoriti rakyat Sarawak mengakui, kehilangan Allahyarham Pehin Haji Adenan Satem kali ini cukup memberi kesan yang mendalam buat mereka. Mereka menyifatkan, adalah sesuatu yang amat sukar untuk mencari pengganti sehebat Allahyarham.

Sementara itu, diberitakan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang kekediamannya petang ini. Pada ketika ini, kediaman Allahyarham juga sudah dipenuhi oleh sanak saudara dan sahabat handai yang ingin menziarahi Allahyarham dikediamannya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib juga merakamkan ucapan takziah beliau untuk seruh warga Sarawak. Dalam mesej yang disampaikan melalui akaun Twitter milik beliau, beliau menzahirkan perasaan dukacitanya di atas pemergian seorang tokoh yang begitu banyak berjasa kepada negeri Sarawak dan seluruh penduduk negeri ini.

Dalam mesej yang sama, beliau turut mengesahkan akan ke Sarawak esok untuk menziarahi Allahyarham. Hal yang sama turut dilakukan oleh semua pemimpin Barisan Nasional yang rata-rata menyifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan yang cukup besar buat negeri Sarawak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE